Terkini | New

IJN Bawa Kesedaran Kesihatan Jantung Melalui Acara 'heart Games' Bersempena Hari Jantung Sedunia 2025

IJN Bawa Kesedaran Kesihatan Jantung Melalui Acara 'heart Games' Bersempena Hari Jantung Sedunia 2025

Institut Jantung Negara (IJN) menganjurkan IJN Heart Games, sebuah acara kesedaran awam yang menyeronokkan dan mendidik bersempena sambutan Hari Jantung Sedunia 2025. Acara ini sedang berlangsung selama lima hari, bermula dari Rabu, 24 September hingga Ahad, 28 September 2025 bertempat di The Curve, Damansara.


Menawarkan pelbagai pemeriksaan kesihatan serta jantung serendah RM15 untuk pemeriksaan asas dan terdapat juga pakej pakej pemeriksaan jantung dengan tawaran harga diskaun yang amat menarik.



Bertemakan "It's not just a game, it's about your heart IJN mentranformasikan Hari Jantung Sedunia sebagai acara kesedaran awam yang menyeluruh dengan menggabungkan elemen keseronokan dan Pendidikan.



Antara Sorotan Program Utama (24 – 28 September 2025):

​Acara ini menawarkan gabungan aktiviti fizikal, kuiz kesihatan, demonstrasi kemahiran hidup, dan cabaran yang menarik untuk semua peringkat umur:

  • Cabaran Bertema Permainan Popular: Pengunjung berpeluang menyertai cabaran yang menarik seperti "Red Light, Green Light" (Pemanasan Badan Beramai-ramai) dan "Dalgona Challenge" (Cabaran Dalgona) yang mengambil inspirasi daripada permainan popular untuk menarik minat orang ramai kepada aktiviti fizikal.
  • Permainan Kesihatan Jantung & Ujian Stres: Permainan kuiz pantas "Teka Jantung" dan "Lidi Stress Test" (Ujian Stres Lidi) akan menguji pengetahuan dan ketangkasan mental pengunjung sambil menyampaikan maklumat penting tentang fungsi jantung dan pengurusan tekanan.
  • Aktiviti Kecergasan: Untuk menggalakkan gaya hidup aktif, aktiviti senaman beramai-ramai termasuk K-POP Zumba dan Capteh Aerobic Challenge diadakan untuk memastikan peserta aktif dan berpeluh.
  • Pendidikan Kesihatan Penting:
    • Live CPR Demonstrations (Demonstrasi CPR Secara Langsung) diadakan setiap hari untuk mendidik orang ramai tentang kemahiran menyelamatkan nyawa yang kritikal.
    • Educational Talk from IJNUC (Ceramah Pendidikan dari IJNUC) dan Career Talk from IJNUC turut diadakan, menawarkan sesi perkongsian maklumat kesihatan dan peluang kerjaya.
  • Cabaran Gaya Hidup Sihat dan Keluarga: Aktiviti seperti Pocket-Friendly Plates Wholesome Meals Challenge (Cabaran Makanan Berkhasiat Pinggan Mesra-Poket) dan demonstrasi masakan sihat (Cooking Demo) menggalakkan amalan pemakanan yang bijak. Kanak-kanak juga tidak ketinggalan dengan Kids Activities termasuk 'Snake and Ladder' dan aktiviti mewarna pada hari terakhir.



Pengunjung juga turut berpeluang membawa balik pelbagai "free gift" daripada rerurai penaja antaranya seperti Nestle, Adabi, Blackmores.



IJN Heart Games merupakan sebahagian daripada komitmen berterusan IJN untuk menjadikan pendidikan kesihatan jantung mudah diakses, relevan, dan menyeronokkan bagi semua rakyat Malaysia. 

Jadi untuk anda diluar sana jangan lepaskan peluang untuk datang ke IJN Heart Game di The Curve Mall, Mutiara Damansara sehingga Ahad, 28 September ini.