Terkini | New

Malam Amal “Legends” Bakal Gegarkan Melaka Sweet Charity Dan Kopratasa Bergabung

Malam Amal “Legends” Bakal Gegarkan Melaka Sweet Charity Dan Kopratasa Bergabung


Melaka bakal menjadi saksi kepada sebuah malam penuh nostalgia apabila Persatuan Karyawan Malaysia (KARYAWAN) menganjurkan Majlis Makan Malam Amal “Legends” pada Sabtu, 1 November 2025 Jam 8 malam hingga 11 malam bertempat di Melaka International Convention Centre (MITC).


Acara ini menghimpunkan barisan legenda muzik tanah air termasuk:
• - Sweet Charity
• - Kopratasa
• - Dato’ Khatijah Ibrahim
• - Ito Blues Gang
• - Datuk Andre Goh
• - S. Mariam
• - Helen Vellu




Selain persembahan hebat, majlis ini juga akan menyalurkan bantuan terus kepada artis veteran yang uzur dan memerlukan sokongan. Bagi menjayakan misi kebajikan ini, 

KARYAWAN menawarkan pakej tajaan meja:
• Berlian – RM100,000
• Platinum – RM50,000
• Emas – RM10,000
• Perak – RM5,000
• Meja Biasa – RM3,000

Penaja meja Platinum dan Berlian akan mendapat ruang pameran eksklusif di lobi MITC untuk mempromosikan produk mereka.


Menurut Dato’ Khatijah Ibrahim, Pengerusi KARYAWAN “Hasil sumbangan ini akan memastikan KARYAWAN terus berperanan menjaga kebajikan lebih 7,000 artis tanah air, khususnya mereka yang memerlukan.”


Sertai kami dalam malam penuh legenda ini, demi menghargai seni dan menghulur kasih buat pejuang seni negara.

Untuk maklumat lanjut dan bagi tempahan meja atau penajaan, hubungi:

Dato’ Khatijah Ibrahim (016-233 8888)
Dato’ Freddie Fernandez (012-207 1400)

Email: fredez2009@gmail.com 
Website karyawan.my