Pandang Pertama Samsung Galaxy S25 FE Telefon Pintar Flagship Lite' dengan Galaxy AI
Pandang Pertama Samsung Galaxy S25 FE Telefon Pintar Flagship Lite' dengan Galaxy AI
Samsung Malaysia mengumumkan peranti terbarunya, Samsung Galaxy S25 FE (Fan Edition), yang menawarkan keseimbangan sempurna antara ciri-ciri premium siri S dan harga yang lebih mesra poket.
Kali ini akan kami kongsikan kepada anda telefon pintar Samsung Galaxy S25 FE yang menjadi pilihan Dan dikenali sebagai 'Flagship Lite', Galaxy S25 FE direka khas untuk peminat yang mahukan prestasi, fotografi unggul, dan ciri-ciri Galaxy AI tanpa perlu mengeluarkan bajet peranti penuh.





Rekaan Premium dan Paparan Mengagumkan Galaxy S25 FE dilindungi oleh Corning® Gorilla® Glass Victus®+ dan bingkai Armor Aluminum yang dipertingkatkan, selain penarafan IP68 untuk ketahanan debu dan air. Skrin 6.7 inci Dynamic AMOLED 2X dengan kadar segar semula 120Hz menjanjikan paparan yang cantik dan lancar.


Sistem Kamera Yang Dipertingkatkan dengan Galaxy S25 FE dilengkapi dengan sistem tiga kamera belakang yang berkuasa:
Kamera Utama: 50MP dengan OIS
Kamera Ultra Lebar: 12MP
Kamera Telefoto: 8MP dengan 3x optical zoom dan OIS


Di bahagian hadapan, kamera swafoto 12MP yang dinaik taraf (resolusi 20% lebih tinggi daripada S24 FE) menghasilkan gambar yang lebih terperinci dan natural. Dengan enjin AI ProVisual Engine, kualiti foto dan video, terutamanya dalam pencahayaan rendah (Nightography), dipertingkatkan dengan ketara dari segi ketepatan warna, ketajaman, dan kontras. Nantikan gambar-gambar menarik dari Samsung Galaxy S25 FE.
SPESIFIKASI PERANTI Samsung Galaxy S25 FE
Model: Samsung Galaxy S25 FE
Paparan: 6.7-inch FHD+*Dynamic AMOLED 2X, 120Hz
Cip: CPU Exynos 2400 (4 nm)
RAM: 8GB
Memori Dalaman : 256 GB
Kamera Utama: kamera utama 50 MP, f/1.8, 24mm (wide), 1/1.57", 1.0µm, dual pixel PDAF, OIS8 MP, f/2.4, 75mm (telephoto), 3x optical zoom 12 MP, f/2.2, (ultrawide)
Kamera depan : 12 MP
Video : 8k@30fps, 4k@30/60/120fps,
Bateri: i/C Li-Ion 4500 mAh
Water Resistance : IP68Security : Samsung Knox with Samsung Knox Vault
Sensors : Fingerprint (under display, optical), accelerometer, gyro, proximity, compass Samsung DeX Circle to Search

Warna Pilihan : Dark Blue, Light Blue, Black, White