XROOV Perjelas Isu Penglibatan Dan Fitnah Yang Timbul
XROOV Perjelas Isu Penglibatan Dan Fitnah Yang Timbul
Pihak XROOV ingin menjelaskan secara terperinci beberapa isu yang telah timbul sejak kebelakangan ini melibatkan kerjasama dengan beberapa pihak penganjur, individu, serta rakan niaga.
Penjelasan ini dibuat bagi memperbetulkan persepsi awam, menangani fitnah yang tersebar, dan menegaskan pendirian kami dalam menjaga integriti serta nama baik jenama.


Permulaan Kerjasama apabila XROOV hanya bersetuju menaja kacamata kepada penganjur beberapa unit pasang kacamata sebagai hadiah lucky draw. Pertukaran syarat secara sepihak dan mereka membatalkan persetujuan mengenai hadiah dan kembali menuntut wang tunai. Setelah mengetahui mereka hanya mahukan wang tunai, pihak XROOV mengambil keputusan untuk menarik diri sebagai penaja utama Event 125Z akan datang.

"Fitnah & Tindakan Tidak Profesional kepada beberapa individu memberikan kenyataan berunsur fitnah dengan mendakwa memakai XROOV menyebabkan mata semakin rabun dan individu yang meniru rekaan edisi khas sunglass yang dikeluarkan XROOV, dijual dengan harga lebih murah menggunakan jenama lain turut memberi kesan buruk kepada reputasi jenama XROOV", Ujar pengasas XROOV, Rusydina Norman
Disebabkan kegagalan menunaikan tanggungjawab dan menimbulkan kerugian, XROOV menghentikan serta-merta pelantikan individu sebagai Duta.


"Turut terlibat pelanggaran perjanjian melibatkan pihak RX-Z Members di Stadium Gong Badak, Terengganu pada 22 dan 23 Ogos lalu yang membenarkan jenama pesaing dipamerkan di tapak acara walaupun termaktub dalam kontrak bahawa hanya XROOV diberikan hak eksklusif. Manakala pesaing turut diletakkan bersebelahan booth VIP dengan produk serupa, menggugat keistimewaan kerjasama XROOV", tambah Rusydina Norman
Promosi Artis juga terlibat apabila artis jemputan Fauzi & Lisdawati tidak diiktiraf di pentas untuk tujuan promosi XROOV, walaupun telah dipersetujui sebelum acara berlangsung.
XROOV menegaskan bahawa semua tuduhan palsu, hasutan, dan cubaan meniru produk adalah fitnah serius. Tindakan undang-undang telah diambil termasuk laporan polis. Kami tetap komited menjaga integriti, profesionalisme, dan kualiti dalam setiap kolaborasi.
Kami berharap kenyataan rasmi ini dapat menjernihkan keadaan serta mengelakkan kekeliruan dalam kalangan pelanggan, rakan strategik, dan masyarakat umum.