Midea Memperkenalkan Siri INSTA-FIT Master dan Laundry Suite di Malaysia
Midea Memperkenalkan Siri INSTA-FIT Master dan Laundry Suite di Malaysia
Direka bentuk untuk kediaman moden dengan teknologi bersepadu, prestasi cemerlang dan tahap pembersihan tertinggi siri INSTA-FIT Master diiktiraf Buku Rekod Malaysia bagi Sistem Penghapusan Virus Pembersihan PST Tahap Tertinggi pertama di pasaran.
Siri Peti Sejuk INSTA-FIT Master – Peti sejuk slot-masuk terbaru hadir dengan fitur PST+ Plasma Sterilisation direka untuk bersepadu dengan ruang cabinet terbina, menggabungkan reka bentuk anggun dengan teknologi kesegaran termaju; termasuk pembekuan halus V-Tech, IPL Purify dan sambungan aplikasi SmartHome.
Midea Laundry Suite – Kombo mesin basuh-pengering bersepadu yang ultra-nipis disesuaikan dengan binaan kabinet standard; berserta skrin sentuh 115cm, kitaran basuh dan kering Turbo dalam masa 35 minit sahaja, dan penjagaan kebersihan yang menyeluruh dengan fungsi UV dan wap.
Pengiktirafan Malaysia Book of Records – Siri INSTA-FIT Master diiktiraf sebagai peti sejuk pertama di pasaran dengan Sistem Penghapusan Virus Pembersihan PST Tahap Tertinggi untuk Penyingkiran Virus, dengan keberkesanan melebihi 99.999% menandakan tetapan baharu untuk teknologi keselamatan makanan dan pembasmian kuman di Malaysia.


Midea, peneraju global dalam peralatan rumah pintar, hari ini melancarkan Siri INSTA-FIT Master dan Laundry Suite yang terbaharu di Malaysia. Siri produk ini mencerminkan visi Midea untuk menyediakan perkakas rumah yang disesuaikan dengan rumahtangga yang moden sambil menyokong gaya kehidupan sihat melalui reka bentuk yang lebih pintar dan teknologi pembersihan termaju.


“Pemilik rumah hari ini mementingkan perkakas yang disesuaikan dengan reka dalaman rumah tanpa sebarang kompromi dalam prestasi,” kata Mark Tam, Pengarah Urusan Midea Malaysia. "Siri Master INSTA-FIT dan Laundry Suite memenuhi permintaan tersebut dengan mengekalkan kesegaran makanan untuk masa yang lebih lama dan memudahkan tanggungjawab kebersihan pakaian, semuanya dalam reka bentuk yang anggun dan bergaya."
Harmoni Terunggul Antara Fungsi dan Reka Bentuk
Siri INSTA-FIT Master dan Laundry Suite direka mengikut falsafah Midea yang mempercayai bahawa kemudahan dan kebolehsuaian perkakas rumah harus berselaras dengan cita rasa setiap rumahtangga.

"Trend reka dalaman yang kini lebih terbuka dan bersepadu, terutamanya bagi dapur dan ruang tamu, bermaksud bahawa perkakas rumah harus berselaras dengan susun atur ruang," kata Iko In, Pengasas iN Design Lab. “Siri INSTA-FIT Master yang menampakkan integrasi kabinet terbina, dan Midea Laundry Suite yang ultra-nipis mencerminkan peralihan cita rasa ini dengan sempurna”
Pendinginan Makanan Dengan Ruang Dalaman Yang Besar dan Penampilan Luaran Yang Anggun Peti Sejuk Yang Anggun
Siri Midea INSTA-FIT Master baharu menakrif semula teknologi pendinginan makanan moden dengan menawarkan kesesuaian slot masuk yang sempurna. Dengan hanya kedalaman berukuran 600mm dan ruang pendekatan berukuran 4mm, ia bersepadu dengan sempurna ke dalam kabinet terbina tanpa memerlukan sebarang pemasangan yang menyusahkan. Disesuaikan kepada reka dalaman dapur yang bergaya minimalis, ia disediakan dalam kemasan warna Shadow Grey, pemegang bercahaya GlowTech dan permukaan kalis calar dan kekotoran yang tahan lama dan kekal bersih. Dengan kapasiti Gross 620L yang besar dan diterangi oleh panel lampu LED menyeluruh, peti sejuk tersebut menawarkan laci berakses 90° dan sistem dulang flip-tray yang fleksibel untuk penyimpanan makanan yang mudah.

Selain daripada penampilannya yang anggun, peti sejuk tersebut juga dikuasakan teknologi kesegaran yang terkini; seperti laci pembekuan halus V-Tech yang mengekalkan kesegaran daging dan ikan sehingga tujuh hari tanpa sebarang keperluan penyahbekuan, fitur IPL Purify yang mensterilkan makanan dibungkus dalam masa tiga minit sahaja dan juga Pensterilan Plasma PST+ yang menghilangkan bau dalam masa sembilan minit sahaja. Apabila dipadankan dengan Aplikasi SmartHome, pengguna boleh mengurus suhu, menjejaki penggunaan tenaga, menerima peringatan tarikh luput makanan dan menjalankan diagnostik kendiri, semuanya daripada telefon mereka. Dengan memastikan makanan kekal segar untuk lebih lama dan juga menyingkirkan bakteria yang berbahaya, peti sejuk ini membantu rumahtangga anda menyediakan sajian yang lebih sihat dengan keyakinan penuh.
Siri INSTA-FIT Master kini telah diiktiraf oleh Malaysia Book of Records sebagai peti sejuk pertama dalam pasaran yang menampilkan Pensterilan Plasma PST+ dengan Sistem Penghapusan Virus Pembersihan PST Tahap Tertinggi, menandakan tetapan industri baharu untuk teknologi pembasmian kuman, penghapusan virus dan penyingkiran bau.
Prestasi Cucian Pintar dalam Reka Bentuk Langsing
Laundry Suite Midea serba baharu menyediakan kombo mesin basuh- pengering bersepadu yang berbentuk ultra-nipis disesuaikan dengan kabinet terbina bersaiz standard dengan rekaan bentuk yang anggun. Drum cucian yang bersaiz lebih besar yang berupaya mengendalikan jumlah cucian sebanyak 10kg + 8kg memudahkan pencucian barang yang lebih besar seperti kain langsir.

Skrin sentuh berukuran 115cm yang berwarna penuh ditempatkan pada paras mata memudahkan penggunaan harian dengan penuh intuitif. Dikuasakan oleh teknologi Turbo, Laundry Suite tersebut boleh melengkapkan kitaran basuh dan kering dalam masa 35 minit sahaja, manakala sistem pengeringan pam habanya yang cekap tenaga ditetapkan pada suhu 42°C. Prestasi produk ini juga disokong dengan fitur kebersihan terkini seperti pensterilan UV, pembersihan wap, penyingkiran hama dan fungsi pembersihan diri..
Sempena pelancaran siri INSTA-FIT Master dan Laundry Suite, pengunjung ke iN Design Lab boleh mencuba fitur utama produk yang kini dipamerkan mengikut reka letak dan keperluan pengguna yang berbeza. Ruang pameran tersebut juga mencontohi bagaimana teknologi pintar Midea disepadukan dengan gaya hidup dan estetika rumah yang berpelbagai.

Ketersediaan dan Harga
Peti sejuk siri INSTA-FIT Master baharu dan Laundry Suite Midea akan tersedia di Malaysia dengan tawaran istimewa sehingga 30 November 2025, seperti berikut:
●Peti Sejuk Insta-Fit 620L Berpintu Perancis MDRF705BIE70Y (RRP: RM6,699, Harga Promosi: RM6,099 + GWP Ketuhar Gelombang Mikro EGP032MX-PS0F bernilai RM689)
●Peti Sejuk Insta-Fit 620L Berpintu Empat MDRF706BIE70Y (RRP: RM6,499, Harga Promosi: RM5,899 + GWP Ketuhar Gelombang Mikro EGP032MX-PS0F bernilai RM689)
●Laundry Suite(RRP: RM7,339)
Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi: https://www.midea.com/my