Ikonik Healing Night 2026 Dihangatkan Ella, Anuar Zain, Dayang Nurfaizah, Kangen Band Dan Lyodra
Ikonik Healing Night 2026 Dihangatkan Ella, Anuar Zain, Dayang Nurfaizah, Kangen Band & Lyodra

Menggunakan terma masa kini yang cukup sohor iaitu healing yang bermaksud pemulihan atau fasa penyembuhan diri, idea dan inisiatif penganjur dan juga selaku ‘presenter’ iaitu Kembar Nusantara Sdn Bhd disokong oleh Creative Page Sdn Bhd untuk produksi manakala Yumeca Sdn Bhd untuk strategi, pemasaran, tajaan dan penglibatan pengguna. Kerjasama tiga syarikat ini menyempurnakan pelaburan dari pelbagai aspek ke arah Healing Night yang merupakan sebuah keraian bersifat
semangat positif.
Dinamakan Healing Night 2026, pesta yang menggunakan medium hiburan sebagai terapeutik ini dijadual berlangsung pada 24 Januari 2026 di lokasi ikonik, Stadium Merdeka Kuala Lumpur pukul 8 malam. Menurut penganjur, Healing Night 2026 merupakan acara julung kali yang dianjurkan bukan sekadar tentang hiburan semata-mata tetapi mengajak penonton menikmati semangat positif yang disebarkan menerusi muzik.

Oleh yang demikian penghibur yang dipilih menjayakan konsert berskala besar dengan misi ‘aman’ ini juga merupakan dalam kalangan penyanyi yang cukup berkaliber iaitu Anuar Zain, Ella dan Dayang Nurfaizah daripada Malaysia sementara Kangen Band dan Lyodra akan mewakili Indonesia sebagai satu apresiasi seni Nusantara.
Penghibur yang dipilih malah membawakan perpaduan genre yang bertepatan dengan konsep healing sekaligus memberi pengalaman baharu buat khalayak yang hadir.


Menurut Herman Aziz selaku Ketua Pegawai Eksekutif Yumeca Sdn Bhd lagi, tema healing yang diterapkan dalam Healing Night 2026 adalah sebagai salah satu inisiatif yang mahu ditonjolkan bahawa hiburan atau muzik bukan sesuatu yang ‘keras dan bingit’ serta bersifat negatif jika dianjurkan secara berhemah.
“Selepas pandemik kita melihat masyarakat dunia memilih fasa pemulihan atau healing dengan pelbagai cara. Dan salah satu cara yang kami sifatkan sebagai fasa pemulihan ini adalah melalui terapi muzik.
“Ia akan dibarisi oleh penghibur tersohor negara seperti Anuar Zain, Ella dan Dayang Nurfaizah. Untuk menyuntik semangat Nusantara, kami membawakan dua penghibur Indonesia iaitu Kangen Band dan Lyodra.



“Healing Night 2026 bukan sekadar konsert biasa tetapi pesta atau keraian tentang menikmati muzik sebagai salah satu proses terapeutik yang menyenangkan. Apa lagi ia melibatkan semua pihak yang bersifat ikonik - baru daripada barisan penghibur, tenaga belakang tabir serta lokasi,” ujar Herman dari Yumeca Sdn Bhd.
Lebih menarik, tema ini diterjemahkan secara menyeluruh bukan sekadar pada persembahan muzik, namun pada suasana konsert, reka bentuk pentas, serta aktiviti-aktiviti berinspirasikan kesejahteraan seperti healing tents dan relaxation zones untuk para penonton.


Menjadi nilai tambah terhadap penganjuran Healing Night 2026 pada 24 Januari 2026 di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur kelak adalah ia mendapat sokongan penuh daripada Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia atau MOTAC yang menyifatkan pesta ini sebagai inisiatif yang mampu memperkenalkan budaya serta keunikan seni di Malaysia.
“Healing Night Concert 2026 hadir tepat pada masanya ketika kita sedang mengorak langkah menuju Tahun Melawat Malaysia 2026.Acara seperti ini memainkan peranan penting dalam menjadikan Malaysia destinasi pelancongan yang meriah dan kaya dengan kepelbagaian budaya, di mana muzik, seni dan masyarakat bersatu dalam keharmonian.

“MOTAC mengalu-alukan lebih ramai penggiat industri untuk turut serta menyumbang kepada usaha nasional ini melalui program budaya yang inovatif, inklusif dan berimpak tinggi seperti konsert ini,” ujar Ketua Setiausaha MOTAC, Dato’ Shaharudin.
Shaharudin juga menyifatkan Healing Night 2026 sebagai bukti bahawa bakat dan keupayaan syarikat Bumiputera muda mampu mengetuai penganjuran acara bertaraf dunia yang turut memupuk perpaduan budaya antara Malaysia dan Indonesia.
“Kerjasama sebegini bukan sahaja memperkukuh hubungan serantau dalam bidang kebudayaan, malah membuka peluang bermakna kepada penggiat industri kreatif negara untuk terus berkembang di pentas antarabangsa,” ujarnya lagi.

Selaku salah seorang penghibur yang akan memberi terapi muzik kepada peminat di Healing Night 2026, Ella melahirkan keterujaan kerana penganjur tempatan seperti Yumeca Sdn Bhd dengan kerjasama Kembar Nusantara Sdn Bhd dan Creative Page Sdn Bhd, tampil dengan idea segar dalam penganjuran acara hiburan yang semakin semarak di ibu kota.
“Saya menyifatkan konsep Healing Night 2026 sebagai sesuatu yang segar dan mempunyai makna yang signifikan dengan situasi masa kini. Penganjuran konsert bukan hanya tentang acara hiburan tetapi juga boleh menjadi saluran terapi yang baik untuk melepaskan tekanan atau menghilangkan lelah.

“Saya sangat tidak sabar untuk menghiburkan anda bersama rakan penyanyi lain yang cukup berkaliber seperti Anuar Zain, Dayang Nurfaizah, Kangen Band dan Lyodra,” ujar Ella.
Untuk menikmati pengalaman baharu dalam pesta keraian, jangan sampai terlepas Healing Night 2026 yang bakal berlangsung pada 24 Januari 2026 di Stadium Merdeka Kuala Lumpur.
Tiket dengan pelbagai kategori harga boleh XXXXX boleh dimiliki menerusi pembelian di Ticket2u. www.ticket2u.com.my