Terkini | New

Inovasi Spray Sejadah & Telekung Beraroma Oud “An Najmu Ma’wa” yang Menenangkan, Bebas Alkohol Dan Anti Bakteria

Inovasi Spray Sejadah & Telekung Beraroma Oud “An Najmu Ma’wa” yang Menenangkan, Bebas Alkohol Dan Anti Bakteria


Dalam usaha meningkatkan pengalaman beribadah yang lebih suci, selesa dan khusyuk, jenama tempatan An Najmu Ma’wa memperkenalkan produk semburan fabrik eksklusif untuk sejadah, telekung dan fabrik kegunaan harian yang menggabungkan keharuman Oud yang lembut dan menenangkan dengan teknologi perlindungan anti-bakteria semulajadi tanpa alkohol.


Hadir bersama dua variasi untuk lelaki dan wanita dengan haruman berasakan oud.


Spray An Najmu Ma’wa diformulasi daripada bahan semulajadi yang selamat, mesra kulit dan tidak merosakkan fabrik. Selain menyingkirkan bau tidak menyenangkan dan mikroorganisma pada permukaan kain. Semburan ini turut memberikan aroma keharuman yang tahan lama dan mencipta suasana tenang dan fokus ketika beribadah.


“Kami ingin membawa satu pengalaman spiritual yang lebih mendalam melalui keharuman yang suci dan bersih. Bau oud yang kami pilih bukan sekadar wangian, tetapi lambang ketenangan dan kesucian dalam ibadah,” kata Gib Idris selaku duta An Najmu Ma’wa Mistq.

Dengan konsep “Ketenangan dalam Kesucian”, spray An Najmu Ma’wa sesuai digunakan pada:

• Sejadah dan telekung
• Pakaian harian, jubah dan tudung
• Fabrik dalam rumah seperti langsir dan cadar

Selain fungsi antibakteria dan penyegar An Najmu Ma’wa turut menonjol dengan reka bentuk botol elegan dan identiti jenama yang menekankan nilai bersih, suci dan tenang menjadikannya pilihan istimewa untuk kegunaan peribadi mahupun hadiah bermakna.


Tambah beliau lagi turut menceritakan pengalaman mempunyai anxiety yang teruk yang membantu beliau meredakan dan lebih fokus selepas semburan pada sofa, sajadah dan sekitar rumahnya yang membuatkan seseorang itu tenang. Turut menyarankan memberi semburan kepada pakaian dan tudung kanak-kanak untuk membantu ia lebih fokus kepada pembelajaran.

Visi kami selaku produk tempatan ini adalah untuk membawa keseimbangan antara kebersihan, keharuman dan ketenangan jiwa, seiring dengan nilai keindahan dalam ibadah. 

Kini Produk boleh didapati secara rasmi melalui platform dalam talian dan pengedar sah An Najmu Ma’wa di seluruh Malaysia.


Anda boleh kunjungi Dirs Retail di 1 Utama yang menjual barangan muslimah dan selaku pengedar sah produk sah An Najmu Ma’wa Mistq.

1 Utama Shopping Centre
S115 Centre Court (Old Wing),
Bandar Utama,
47800 Selangor
Pengedar Annajmu mistq

Untuk Maklumat lanjut tentang An Najmu dan NBI CONVERTIQ SDN BHD 
E-MEL : hqnbiconvertiq@gmail.com
TELEFON : 0351311120
HP : 011 2883 6365
LAMAN WEB : www.annajmu.com