Ulasan Penuh Samsung Galaxy S25 FE Bersama Galaxy AI Dalam Genggaman Dan Mudah
Ulasan Penuh Samsung Galaxy S25 FE Bersama Galaxy AI Dalam Genggaman Dan Mudah
Kali ini akan kami kongsikan kepada anda salah satu telefon pintar peranti Samsung Galaxy S25 FE untuk tahun 2025. Kami kongsikan gambar-gambar menarik sepanjang penggunaan Samsung Galaxy S25 FE untuk tatapan semua.

Ciri-ciri premium siri S dan harga yang lebih mesra poket. Dikenali sebagai 'Flagship Lite', Galaxy S25 FE direka khas untuk peminat yang mahukan prestasi, fotografi unggul, dan ciri-ciri Galaxy AI tanpa perlu mengeluarkan bajet peranti mercu penuh. Peranti ini adalah yang tertipis dan teringan dalam siri FE setakat ini, dengan ketebalan hanya 7.4 mm dan berat 190 gram. Bezel yang lebih nipis dan reka bentuk kamera terapung (floating camera design) menyumbang kepada pengalaman tontonan yang lebih imersif.

Ia dilindungi oleh Corning® Gorilla® Glass Victus®+ dan bingkai Armor Aluminum yang dipertingkatkan, selain penarafan IP68 untuk ketahanan debu dan air. Skrin 6.7 inci Dynamic AMOLED 2X dengan kadar segar semula 120Hz menjanjikan paparan yang cantik dan lancar,

Samsung Galaxy S25 FE dilengkapi dengan sistem kamera yang canggih, menggabungkan perkakasan yang mantap dengan ciri-ciri berasaskan AI (Kecerdasan Buatan) yang diperkenalkan dalam siri Galaxy S yang lebih mahal. Berikut adalah ciri-ciri utama kamera Samsung Galaxy S25 FE:
Perkakasan Kamera Belakang (Tiga Kamera):
- Kamera Utama (Wide): 50 MP dengan aperture f/1.8, Dual Pixel PDAF, dan OIS (Optical Image Stabilization).
- Kamera ini merupakan sensor utama untuk gambar yang jelas dan terang, dengan OIS membantu mengurangkan gegaran tangan, terutamanya dalam keadaan cahaya malap.
- Kamera Ultra-Lebar: 12 MP dengan aperture f/2.2 dan sudut pandangan 123^{\circ}.
- Membolehkan anda menangkap pemandangan yang lebih luas.
- Kamera Telefoto: 8 MP dengan aperture f/2.4, PDAF, OIS, dan keupayaan 3x Zoom Optik.
- Membolehkan anda mengambil gambar objek jauh dengan perincian yang baik tanpa kehilangan kualiti (sehingga 3x). Ia juga menyokong Zum Digital sehingga 30x.
Kamera Hadapan (Selfie):
- 12 MP dengan aperture f/2.2.
- Dinaik taraf daripada model terdahulu untuk swafoto yang lebih terperinci dan jelas.
kami sempat untuk menguji kamera Samsung Galaxy S25 FE di sekitar KLCC untuk mencuba kadar zoom sehingg 30x zoom dan hasilnya juga menarik.





Ciri-Ciri Fotografi Dan Videografi Utama
ProVisual Engine AI: Enjin pemprosesan imej lanjutan yang menggunakan AI untuk mengoptimumkan warna, ketajaman, dan kontras secara real-time untuk foto dan video yang lebih hidup dan terperinci.



Manakala Nightography Peningkatan prestasi dalam keadaan cahaya rendah, menghasilkan foto dan video yang jernih dengan hingar (noise) yang minimum serta Super HDR Video Menghasilkan video dengan julat warna dan perincian yang lebih luas.





Gambar-gambar sekitar waktu malam di Lalaport masil menampakkan hasil yang mantap dan cerah. Zoom Kualiti Optik 2x: Selain 3x Zum Optik, terdapat juga zum kualiti optik 2x (didayakan oleh sensor Adaptive Pixel).





Galaxy AI untuk Penyuntingan (Editing): Generative Edit Membolehkan anda membuang objek yang tidak diingini atau mengisi ruang kosong dalam gambar secara automatik menggunakan AI.

(1)_copy_406x721.jpg)
Instant Slow-mo menukar mana-mana video menjadi gerakan perlahan (slow-motion) hanya dengan satu sentuhan dan Audio Eraser membuang bunyi bising yang tidak perlu daripada rakaman video anda. Rakaman Video Resolusi Tinggi: Mampu merakam video sehingga resolusi 8K pada 30fps (kamera belakang) dan 4K pada 60fps (kamera hadapan).
Secara ringkas, Galaxy S25 FE menawarkan pengalaman kamera yang hampir setanding dengan model mercu Galaxy S, terutamanya dengan integrasi penuh ciri-ciri Galaxy AI yang meningkatkan kualiti gambar dan keupayaan penyuntingan yang canggih.Pilihan terbaik untuk pengguna yang mencari peranti dengan ciri-ciri flagship, terutamanya dalam aspek perisian (Galaxy AI dan jaminan kemas kini 7 tahun) dan rekaan premium, pada harga yang lebih berpatutan.
SPESIFIKASI PERANTI Samsung Galaxy S25 FE
Model: Samsung Galaxy S25 FE
Paparan: 6.7-inch FHD+*Dynamic AMOLED 2X, 120Hz
Cip: CPU Exynos 2400 (4 nm)
RAM: 8GB
Memori Dalaman : 256 GB
Kamera Utama: kamera utama 50 MP, f/1.8, 24mm (wide), 1/1.57", 1.0µm, dual pixel PDAF, OIS8 MP, f/2.4, 75mm (telephoto), 3x optical zoom 12 MP, f/2.2, (ultrawide)
Kamera depan : 12 MP
Video : 8k@30fps, 4k@30/60/120fps,
Bateri: i/C Li-Ion 4500 mAh
Water Resistance : IP68Security : Samsung Knox with Samsung Knox Vault
Sensors : Fingerprint (under display, optical), accelerometer, gyro, proximity, compass Samsung DeX Circle to Search

Warna Pilihan : Dark Blue, Light Blue, Black, White