Terkini | New

Midea Menyatukan Pasaran APAC, Memperkukuh Kehadiran di Malaysia Selaras dengan Visi "Ke Arah Pencapaian Mercu" ataupun "Power of One"

Midea Menyatukan Pasaran APAC, Memperkukuh Kehadiran di Malaysia Selaras dengan Visi "Ke Arah Pencapaian Mercu" ataupun "Power of One"

Midea mempamerkan inovasi mercu di persidangan pengedar APAC yang pertama, dan mengukuhkan komitmennya terhadap bimbingan latihan tempatan, kecemerlangan perkhidmatan dan pertumbuhan komuniti dalam pasaran individu masing-masing.

Encik Zeal Jiang, Presiden Midea Asia Pasifik, menyampaikan pembentangan di persidanganpengedar serantau pertama Midea bagi rantau Asia-Pasifik

Sorotan Berita:
Persidangan Pengedar APAC buat pertama kalinya: Midea mempamerkan 150 produk merentasi lima zon inovasi kepada 450 rakan niaganya dari seluruh rantau, mencerminkan visinya untuk menyokong gaya hidup yang dikuasakan kecerdasan tinggi lagi mampan.
Sasaran Perkembangan Pasaran: Midea menyasar hasil jualan berjumlah USD 1.5 bilion di rantau APAC menjelang 2028 mengikut strategi “Ke Arah Pencapaian Mercu” ataupun "Power of One ".

Kepimpinan Antarabangsa, Komitmen Tempatan: Midea - yang diiktiraf oleh Euromonitor International sebagai jenama No.1 di Dunia dalam pelbagai kategori perkakas rumah - mengukuhkan komitmennya kepada Malaysia dengan latihan suku tahunan, kerjasama komuniti dan taraf perkhidmatan yang dipertingkatkan.

Memacu ESG: Midea memperkukuh impak Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) di seluruh Asia-Pasifik dengan aktiviti seperti pemulihan terumbu karang di Bali dan bantuan banjir dan pembangunan belia di Malaysia.

Syarikat teknologi terkemuka Midea, yang juga merupakan salah satu pengeluar perkakas rumah yang terbesar di dunia, baru-baru ini menganjurkan persidangan pengedar bagi rantau Asia-Pasifik di Bali buat kali yang pertama. Acara tersebut mengumpulkan sebanyak 450 orang rakan niaga dari seluruh rantau di bawah tema “Ke Arah Pencapaian Mercu” ataupun "Power of One" dalam usaha untuk mencapai kepimpinan No.1 di dunia merentas semua kategori perkakas rumah. Persidangan itu mempamerkan inovasi terkini Midea, di samping mengukuhkan komitmennya kepada pasaran individu seperti Malaysia, melalui bimbingan latihan teknikal, kecemerlangan perkhidmatan dan kerjasama komuniti yang berterusan.


"Asas visi Midea "Ke Arah Pencapaian Mercu" dipacu tiga tujahan utama iaitu kepimpinan teknologi, pengkhususan produk mengikut keperluan tempatan dan kerjasama industri kami. Dengan pelaburan yang berterusan dalam usaha penyelidikan dan pembangunan, teknologi pintar, pengukuhan rangkaian pengeluaran dan perkhidmatan serantau, dan juga kerjasama rapat dengan rakan niaga di seluruh APAC, Midea kuat mengorak langkah menjadi syarikat jualan perkakas rumah pintar No.1 di dunia dengan sasaran jualan sebanyak USD 1.5 bilion di rantau APAC menjelang 2028,” kata Encik Zeal Jiang, Presiden Midea Rantau Asia Pasifik.

Midea Menerajui Rantau APAC dengan Kecemerlangan Inovasi Produk

Midea komited untuk mencapai kepimpinan No.1 Dunia merentas semua kategori perkakas rumah pintar. Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, Midea telah menduduki tempat pertama dalam pengiktirafan 9 kategori inovasi perkakas rumah oleh Euromonitor International, termasuk Perkakas Rumah Pintar, Penghawa Dingin, Rawatan Udara, Ketuhar Gelombang Mikro dan Peralatan Memasak Kecil.



Midea telah mempamerkan 150 produk merentasi lima zon inovasi semasa persidangannya, di mana setiap satu zon tersebut mencerminkan visi jenama untuk menyokong gaya kehidupan yang lebih bijak lagi mampan:

SMART MASTER – Teknologi berkuasa kecerdasan buatan merentas perkakas rumah, termasuk system penyejukan pintar dan pembersihan udara masa nyata, yang keemuanya dikendalikan melalui Aplikasi Midea SmartHome.
AI ECOMASTER – Penyelesaian penjimatan tenaga yang dioptimum oleh kecerdasan buatan, menjimatkan kadar penggunaan sehingga 30% dengan laporan penggunaan yang komprehensif.
SPACE MASTER – Reka bentuk cekap ruang yang memaksimumkan kecekapan perkakas, termasuk peti sejuk, mesin basuh pinggan mangkuk dan mesin basuh pengering.
Penghawa Dingin Kediaman – Ketahanan dalam iklim lembap Asia dengan rintangan kakisan Prime Guard™ dan komponen termaju untuk prestasi yang kekal lama.



Midea Building Technologies (MBT) – Penyelesaian berskala besar seperti penyejuk VC MAX VRF dan Magboost Apex, menawarkan kecekapan tenaga yang lebih baik dan pengubahsuaian yang menjimatkan kos.

Kepimpinan Teknologi: Menginovasi Masa Depan bagi Rumah dan Industri Pintar

Selaras dengan usahanya untuk mempercepatkan pertumbuhan global dengan memacu inovasi, Midea telah melaburkan USD 10 bilion dalam R&D sejak lima tahun lalu dan disokong oleh pasukan yang terdiri daripada lebih 23,000 pakar R&D. Syarikat telah memperoleh 100,000 paten, menerima 470 anugerah teknologi, dan menyumbang kepada lebih daripada 1,900 piawaian teknologi merentas sektor pengguna dan perusahaan.


Dalam tiga tahun yang akan datang, kumpulan Midea komited untuk melabur lebih daripada CNY 50 bilion (USD 6.96 bilion) untuk memacu perkembangan kecerdasan buatan, tenaga baharu, robotik termaju dan perisikan yang terkandung. Pelaburan tersebut disasar mencerminkan pencapaian mercu syarikat seperti pelancaran pembantu rumah tangga robot humanoid MIRA di Persidangan AI Dunia 2025 ataupun kerjasama dengan daerah Qingpu Shanghai untuk melaburkan CNY 1.5 bilion (USD 1.258 bilion) dalam suatu platform teknologi kecerdasan buatan.

Strategi Pasaran: Memperkasakan Pertumbuhan APAC Melalui Kecemerlangan Pembuatan dan Perkhidmatan Tempatan

Encik Zeal Jiang, Presiden Midea Rantau Asia Pasifik, juga telah menggariskan strategi APAC Midea kepada hadirin di persidangan tersebut.

Midea mengendalikan 63 pusat pengeluaran di seluruh dunia, termasuk sembilan lokasi merentas Thailand, Vietnam dan Indonesia. Pada tahun 2025, kilangnya di Thailand telah dinamakan sebagai World Economic Forum Lighthouse Factory for Supply Chain Resilience – menjadikannya Lighthouse Factory di luar negara yang pertama dalam industri penyaman udara di samping menjadi kilang pertama di Asia Tenggara yang tersambung sepenuhnya dengan rangkaian 5G, mencapai kadar penjimatan tenaga lebih daripada 40% bagi seunit penggunaan dan pengurangan pelepasan karbon sebanyak 68.3%.


Untuk mengukuhkan sokongan pasca-jualan, Midea telah menyediakan Aplikasi Midea Club di seluruh rantau APAC, membolehkan pasukan jurutekniknya untuk mengurus perkhidmatan pelanggan seperti penghantaran produk, pemasangan, latihan dan tuntutan jaminan dalam satu platform. Syarikat juga telah menganjurkan lebih daripada 200 acara latihan dan perkhidmatan tahunan, menyasarkan 30,000 jurutera dalam tempoh tiga tahun akan datang. Selain itu, syarikat turut bekerjasama dengan lebih daripada 1800 Pusat Perkhidmatan Langsung (DSC) dan Rakan Perkhidmatan Rasmi di seluruh rantau.

Bagi pasaran Malaysia, komitmen ini juga merangkumi sesi latihan suku tahunan untuk meningkatkan kepakaran teknikal tempatan, mengukuhkan kualiti perkhidmatan yang ditawarkan dan memastikan kepuasan pelanggan adalah selaras dengan piawaian global.

Memacu Kemampanan dan Impak Komuniti di seluruh APAC dan Malaysia

Midea Group telah termasuk dalam Sustainability Yearbook (China Edition) 2025 oleh S&P Global yang mengiktiraf prestasi ESGnya yang cemerlang, dengan merujuk kepada sumbangannya di seluruh rantau Asia Pasifik; termasuk bantuan bencana, sokongan komuniti dan usaha pemuliharaan alam sekitar.

Penglibatan komuniti Midea termasuk sokongan bantuan banjir, menghulurkan derma kepada institusi penjagaan warga emas, dan memupuk pembangunan belia dengan kerjasama Persatuan Badminton Negeri Kelantan di Malaysia. Kesemua inisiatif ini menampakkan impak kerjasama Midea dengan pelbagai pihak tempatan untuk manfaat masyarakat setempat.

"Pihak kami di Midea sememangnya berusaha memanfaatkan masyarakat tempatan menerusi kecemerlangan inovasi kami. Dengan ini, perkakas dan penyelesaian yang kami bangunkan bukan sahaja bertujuan menetapkan piawaian baharu di peringkat global, tetapi juga membawa faedah kepada rakyat Malaysia," kata Encik Mark Tam, Pengarah Urusan Midea Malaysia.


Di peringkat Rantau APAC, Midea telah menyokong inisiatif seperti pemulihan terumbu karang di Bali, dengan lebih daripada 1,000 karang ditanam dengan kerjasama Yayasan Mangrove Indonesia Lestari. “Penanaman karang bukan sahaja bertujuan menyelamatkan lautan, tetapi juga menjamin kepelbagaian biologi, menyokong industry perikanan, melindungi komuniti setempat, dan membina masa depan yang mampan untuk Bali dan juga kawasan yang lain,” kata Encik Zeal Jiang, Presiden Midea Rantau Asia Pasifik.


Midea juga telah mengukuhkan hubungannya dengan pengguna melalui penajaan acara sukan di peringkat antarabangsa. Ini termasuk kerjasama jangka panjang dengan Asian Football Confederation (AFC) dan Kelab Bola Sepak Manchester City dan kini juga disusuli tajaan Main Partner Sleeve Sponsor bagi FC Barcelona.

###

Mengenai Midea dan Midea Group
Midea ialah salah satu daripada lebih 10 jenama yang beroperasi di bawah bahagian Smart Home Business kepunyaan Midea Group. Ditubuhkan pada tahun 1968, Midea Group ialah syarikat teknologi terkemuka dan salah satu pengeluar perkakas rumah yang terbesar di dunia. Selaras tarafnya sebagai syarikat Fortune Global 500®, ia menduduki tempat #246 pada tahun 2025. Midea Group telah memperkemaskan operasi terasnya menjadi enam tonggak perniagaan pertumbuhan tinggi iaitu: Rumah Pintar, Teknologi Perindustrian, Teknologi Bangunan, Robotik dan Automasi, Midea Healthcare dan Annto Logistics.

Midea berusaha menyediakan penyelesaian mesra pengguna mengikut pendekatan yang mengutamakan kerperluan pengguna; mengorak langkah ke masa hadapan, sentiasa meneroka dan mencipta untuk memenuhi permintaan pengguna kami yang sentiasa berubah.

Midea Group telah menjana pendapatan tahunan sebanyak USD$56.9 bilion pada tahun 2024 dengan sokongan operasi antarabangsanya yang termasuk 63 pusat pengeluaran dan 190,000 pekerja di lebih 200 negara dan wilayah. Syarikat juga telah mempunyai 90,000 paten hasil usaha 38 pusat inovasinya di seluruh dunia dan komitmen yang kukuh terhadap R&D.