Menara Kuala Lumpur Memperkenalkan Bufet Ramadan Bertemakan Citarasa Santapan Desa Rasa Asli, Suasana Eksklusif"
Menara Kuala Lumpur Memperkenalkan Bufet Ramadan Bertemakan Citarasa Santapan Desa Rasa Asli, Suasana Eksklusif"
Bufet ikonik Kuala Lumpur Tower kembali dari 21 Februari hingga 16 Mac 2026 dengan menawarkan pengalaman gastronomi desa yang eksklusif pada ketinggian 292 meter.
Menjelang ketibaan Ramadan Al-Mubarak 1447 Hijrah, Kuala Lumpur Tower mempersembahkan semula bufet tahunan yang dinanti ramai: Citarasa Santapan Desa - "Rasa Asli, Suasana Eksklusif", berlangsung dari 21 Februari hingga 16 Mac 2026.



Dibawakan di Sky Mega Hall, sebuah ruang makan premium setinggi 292 meter dari aras bumi, para tetamu bakal menikmati sebuah pengalaman gastronomi yang menggabungkan keaslian hidangan kampung, suasana desa mewah yang direka semula secara moden, serta panorama 360° Kuala Lumpur, dari cahaya senja yang menguning hingga pemandangan malam yang mempesonakan.
Tahun ini, tema "Rasa Asli, Suasana Eksklusif" memberi nafas baharu kepada nostalgia kampung dengan sentuhan elegan, membawa tetamu menyelami kembali warisan masakan Melayu melalui rasa, aroma, tekstur dan suasana yang dirancang dengan teliti oleh pasukan kulinari Kuala Lumpur Tower dan Knight Cuisines Sdn. Bhd.


LEBIH 200 HIDANGAN + 4 SET MENU DESA ROTASI MINGGUAN
Pengalaman berbeza setiap minggu direka untuk memikat selera keluarga, korporat dan tetamu antarabangsa. Bufet ini menampilkan lebih 200 pilihan hidangan desa, dipersembahkan melalui empat set menu rotasi mingguan yang menjadikan setiap kunjungan unik dan memuaskan.


Hidangan Tradisi Desa
Kerabu Mangga. Kerabu Pucuk Paku & Ulam-ulaman segar Sup Tulang Berempah & Sup Ayam Berherba Daging Rendang Tok, Ayam Masak Merah & Ayam Percik Desa Kari Kepala Ikan, Ikan Talapia Bakar & Sambal Tempoyak Daun Kayu.





Gerai Live Cooking - Paling Dinantikan
Kambing Golek Manja
Char Kuey Teow Kampung
Mee Kari Kuah Pekat
Sate Ayam & Daging
Cucur Udang panas & Apam Balik rangup
Aroma masakan yang membangkitkan memori hidangan air tangan ibu dan nenek bakal memenuhi ruang Sky Mega Hall, mencipta pengalaman yang bukan sekadar pengisian perut tetapi satu pengalaman rasa penuh sentimental.









Pencuci Mulut & Minuman Tradisi
ABC Corner
Kuih-muih Melayu (Seri Muka, Kuih Lapis & Talam Pandan)
Pengat Pisang, Bubur Kacang Hijau & Agar-Agar Santan
Air Bandung. Teh Tarik & Sirap Limau




Terhad 220 tetamu sehari - privasi, ruang dan kemewahan terjamin Bagi mengekalkan standard eksklusif, hanya 220 tetamu diterima setiap hari.




Tetamu akan menikmati:
●Ruang makan premium serba luas
●Pemandangan KLCC dan panorama Kuala Lumpur dari jendela eksklusif
●Layanan profesional oleh pasukan hospitaliti terlatih
●Pilihan Window Seat terhad untuk pengalaman pemandangan terbaik
●Kemudahan lain termasuk surau, kerusi bayi (terhad), ruang menunggu selesa, perkhidmatan shuttle, pasukan keselamatan bertauliah dan koordinasi pramusaji profesional.

HARGA BERPATUTAN + PROMOSI 'EARLY BIRD' TERHAD
Tawaran Early Bird dari 1 November hingga 31 Disember 2025 sahaja.
Contact Number: +603 2630 3033 Email: info@kltower.com Website: www.kltower.com
