Terkini | New

Road to Vendetta Bakal Ditayangkan di Malaysia 11 Dis 2025 Filem Kerjasama Hong Kong-Jepun Dan Jeffrey Jeffery Akan Buat Penampilan Pertama di KL

Road to Vendetta Bakal Ditayangkan di Malaysia 11 Dis 2025 Filem Kerjasama Hong Kong-Jepun Dan Jeffrey Jeffery Akan Buat Penampilan Pertama di KL


Pengarah muda Hong Kong yang sedang meningkat naik, Njo Kui Ying, filem aksi Road To Vendetta bakal ditayangkan di pawagam Malaysia pada 11 Disember 2025. Dibangunkan selama tujuh tahun, filem ini mendapat perhatian serantau kerana kerjasama unik Hong Kong–Jepun serta pelakon utamanya Jeffrey Jeffery, yang sering menjadi topik hangat kerana dikatakan mirip bintang Hong Kong awal 2000-an, Edison Chan.



Bagi menyokong pelancaran filem tersebut, Jeffrey Ngai akan berada di Kuala Lumpur pada hari tayangan perdana untuk menghadiri acara pelancaran, sekaligus memulakan siri jelajah promosi. Beliau akan menyertai pelbagai aktiviti berinteraksi bersama peminat, termasuk penampilan khas di pawagam terpilih serta sesi tayangan tertentu. Penonton bertuah juga berpeluang menerima poster eksklusif dan barangan bertandatangan. Untuk maklumat terkini, ikuti saluran media sosial rasmi mm2 Entertainment Malaysia.

Menandakan peranan utama pertama Jeffrey Jeffery di layar perak, Road To Vendetta menerima lima pencalonan di Golden Horse Awards ke-62, termasuk Reka Bentuk Aksi Terbaik, Kesan Bunyi Terbaik, Kesan Visual Terbaik, Arah Seni Terbaik dan Rekaan Kostum Terbaik pengiktirafan terhadap kualiti pembikinan, koreografi aksi, serta mutu produksi filem ini.


Jeffery bergandingan dengan pelakon muda Jepun terkenal, Sara Minami, yang dikenali menerusi lakonannya dalam Nevertheless: The Shape of Love dan From Me to You: Kimi ni Todoke. Jeffery sendiri pernah membintangi filem ensemble besar seperti Cesium Fallout bersama Andy Lau dan Little Red Sweet bersama Simon Yam, menjadikan beliau salah seorang bakat baharu paling menyerlah dalam industri.

Dalam filem tersebut, watak mereka bermula sebagai orang asing yang disatukan melalui urusan pembeli–penjual, sebelum akhirnya membentuk kerjasama yang tidak dijangka. Walaupun terdapat perbezaan bahasa, keserasian mereka di set menghasilkan banyak detik spontan, lucu dan penuh elemen silang budaya.




Road to Vendetta menampilkan visual yang bergaya dan beratmosfera dengan ketegangan psikologi yang mendalam, mengisahkan Assassin No. 4, seorang pembunuh upahan profesional yang terperangkap dengan seorang wanita misteri yang dibelenggu dendam. Selain babak aksi penuh letupan, filem ini mengetengahkan persoalan utama: Mampukah nilai kemanusiaan bertahan di sudut paling gelap dalam dunia pembunuh upahan?




Untuk mengekalkan identiti Hong Kong, produksi ini kreatif menggunakan slip pesanan restoran gaya Hong Kong sebagai sistem kod untuk mengupah pembunuh, serta mengadakan babak pertarungan besar di atas tram ikonik Hong Kong, memberikan sentuhan lokal yang unik.


Rekaan aksi dipimpin oleh pengarah aksi Jepun terkenal, Koichi Sakamoto (Kamen Rider), yang menghasilkan koreografi pantas dan tajam yang digabungkan sempurna dengan gaya aksi klasik Hong Kong. Jeffery turut menjalani latihan intensif bagi memastikan aksi pergaduhan dan kehadiran skrin kelihatan mantap. Barisan pelakon turut disertai aktor Hong Kong Chu Pak Him (Crisis Negotiators) dan Rosa Maria Velasco (Time Still Turns the Pages, The Last Dance).


Road to Vendetta akan mula ditayangkan di seluruh pawagam Malaysia pada 11 Disember 2025. Untuk maklumat lanjut, jadual tayangan dan kandungan eksklusif di sebalik tabir, ikuti mm2 Entertainment Malaysia di media sosial.

Nantikan lebih banyak info filem.
mm2 Entertainment Malaysia
FB: 
IG: