Terkini | New

Syafiq Kyle Dan Blood Brothers Bara Naga Menerima Anugerah Di Anugerah Festival Filem Asia Pasifik ke-62 (APFF62)

Syafiq Kyle Dan Blood Brothers Bara Naga Menerima Anugerah Di Anugerah Festival Filem Asia Pasifik ke-62 (APFF62)


Festival Filem Asia Pasifik ke-62 (APFF62) telah mengangkat nama Malaysia di mata penggiat Filem apabila merangkul anugerah Special Jury Award bagi filem Blood Brothers Bara yang berlangsung di Auditorium Bandaraya, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.




Festival anjuran Federation of Motion Picture Producers in Asia-Pacific (FPA) dengan kerjasama FINAS, Tourism Malaysia dan Lomo Pictures menyaksikan perhimpunan terbesar karyawan filem, selebriti antarabangsa serta tenaga kreatif dari seluruh Asia Pasifik.




Pertandingan kali ini menyaksikan 12 karya dari Iran, Indonesia, Singapura, Jepun, China, Nepal, Bangladesh, India, Thailand dan Korea bersaing sengit antara yang terhebat dalam sejarah penganjuran. Antara Filem yang menerima pencalonan adalah 6AM, Crocodile Tears, Happyend, LUZ, Shambhala, Saba, The Roots, Shadowbox serta Regretfully at Dawn.





Dua nama besar diumumkan sebagai penerima anugerah utama adalah aktor legenda Hong Kong, Simon Yam yang diberi pengiktirafan Lifetime Achievement Award dan bintang muda Thailand iaitu Tontawan Tantivejakul menerima FPA Asia-Pacific Rising Icon Award (Kategori Wanita) yang membintangi filem The Perfect Couple dan Meteor Garden.


Turut menerima penghormatan sama adalah Syafiq Kyle yang dinobatkan dengan Anugerah Rising Icon APFF (Kategori Lelaki).


“Anugerah ini diperkenalkan tahun ini bagi menaikkan lagi taraf APFF yang kini memasuki edisi ke-62. Pemilih pemilihan Syafiq adalah hasil penilaian sebulat suara jawatankuasa kecil penganjur berdasarkan prestasi cemerlangnya dalam industri perfileman tanah air dan memberi peluang kepada pelakon muda pula. Kita tidak mahu setiap tahun hanya pelakon veteran diiktiraf,” Ujar Pansha Setiausaha Agung FPA.



Turut membawa pulang pengiktirafan menerusi Blood Brothers Bara Naga, filem aksi tempatan. Selain kejayaan Blood Brothers Bara Naga, festival ini turut menobatkan beberapa anugerah khas lain, antaranya:

FPA Most Promising Icon Award: Lin Min Chen (Malaysia)

FPA Cultural Impact Award: Kungfu Juniors arahan Gao Zhisen

Senarai Pemenang APFF62

Filem Pendek Terbaik: Come Find Me

Media Baharu Terbaik:

Skor Muzik Asal Terbaik: Shambhala

Suntingan Terbaik: LUZ

Skrip Asal Terbaik: Shadowbox

Sinematografi Terbaik: Happyend

Pelakon Pembantu Wanita Terbaik: Rokeya Prachy – Saba

Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik: Xiao Dong Guo – LUZ

Pelakon Wanita Terbaik: Tillotama Shome – Shadowbox

Pelakon Lelaki Terbaik: Yukito Hidaka – Happyend

Pengarah Terbaik: Neo Sora – Happyend

Filem Terbaik: Crawling Crows: AANKHA





Penganjuran APFF62 bukan sekadar medan meraikan hasil seni, tetapi membuktikan kekuatan industri perfileman Asia Pasifik yang terus mendapat perhatian antarabangsa. Malaysia tampil sebagai hos bertaraf antarabangsa memperkukuh kedudukan negara sebagai antara pusat industri kreatf terbaik.