Terkini | New

J Jade & Jewel Lancar “Jade Holiday Pop-Up” di The Starhill Siri Baharu Galaxy Aura Tampil Menyerlah Sempena Musim Perayaan

J Jade & Jewel Lancar “Jade Holiday Pop-Up” di The Starhill Siri Baharu Galaxy Aura Tampil Menyerlah Sempena Musim Perayaan


Jenama barang kemas mewah tempatan, J Jade & Jewel, yang diasaskan oleh gemologis Malaysia Mandy Ong, melancarkan ruang pameran eksklusif “Jade Holiday Pop-Up” bermula 9 hingga 21 Disember di The Starhill, Bukit Bintang.



Pop-up tersebut menampilkan buat julung kalinya siri baharu Galaxy Aura, yang direka dengan inspirasi cahaya bintang dan elemen kosmos bagi menggambarkan suasana romantik serta penuh kemilau sepanjang musim perayaan.



Sejak ditubuhkan pada tahun 2016, J Jade & Jewel dikenali dengan sentuhan reka bentuk moden dan pertukangan halus yang menonjolkan keindahan jade A-grade semula jadi. Jenama ini juga komited memperkenalkan koleksi tersuai serta koleksi sedia pakai yang lebih dekat dengan gaya hidup masyarakat masa kini.


Gemologis Malaysia yang juga founder J Jade & Jewel-Mandy Ong.


Menurut pengasasnya, Mandy Ong, J Jade & Jewel sentiasa berusaha memperlihatkan keunikan jade secara elegan dan kontemporari. “Kami mahu orang ramai merasai keindahan jade yang sebenar, sambil menghargai nilai seni serta eksklusiviti yang dibawa setiap rekaan,” katanya.





Tiga  Koleksi Dipamerkan di Pop-Up

Selain Galaxy Aura, dua lagi koleksi iaitu Iconique J dan Forest Glow turut dipamerkan. Koleksi Galaxy Aura menjadi tumpuan kerana rekaannya yang diinspirasikan daripada ‘galaksi’, memancarkan kilauan lembut seolah-olah sinaran bintang jauh di angkasa.





Pengunjung juga boleh menyertai permainan interaktif “Cabaran Buka Kunci” dengan hanya mengikuti akaun media sosial J Jade & Jewel serta memuat naik gambar di ruang pop-up. Hadiah menarik termasuk baucar bernilai sehingga RM500 daripada J Jade & Jewel, Kel Saloon Fine Dining dan J’adore Atelier menanti pemenang bertuah.




Ruang Bergambar Bertema ‘Taman Ungu’

Pop-up ini turut menampilkan ruang bergambar bertema “taman ungu”, lengkap dengan kubah bunga dan pantulan cermin yang menghasilkan suasana seolah-olah berada dalam taman fantasi. la menjadi lokasi sesuai untuk pengunjung merakam gambar kenang-kenangan.





Jade Holiday Pop-Up dibuka setiap hari dari 10 pagi hingga 10 malam sehingga 21 Disember di Entrance Foyer, The Starhill.


Maklumat lanjut boleh didapati di laman web www.j-jadejewel.com , Instagram @j.jade.jewel atau Facebook J.jade.jewel.