Terkini | New

Absolut Bazaar X Festival Gaya Raya 2026 Memperkenalkan Rakan Penaja

Absolut Bazaar X Festival Gaya Raya 2026 Terus Mengorak Langkah Untuk Tahun Ke-5: Semarakkan Kemeriahan Raya Di Sesi Taklimat Pempamer Dan Pengenalan Rakan Penaja


Festival Raya ikonik, Absolut Bazaar X Festival Gaya Raya (ABxFGR), kembali pada tahun 2026 dengan membawa kemeriahan yang lebih besar bersempena penganjurannya untuk tahun kelima. Acara yang telah menerima pengiktirafan daripada The Malaysian Book of Records sebagai Expo Festival Raya terbesar di Malaysia pada tahun 2024 ini merupakan anjuran bersama My Events International dan Absolut Events & Management.




Untuk julung kalinya pada tahun ini, ABxFGR akan memulakan jelajah festival raya mereka di 3 buah lokasi utama, bermula di lokasi antarabangsa pertama iaitu di BRIDEX Convention Centre, Brunei pada 27 Februari 2026 hingga 1 Mac 2026, diikuti PICCA, Pulau Pinang sebagai lokasi pilihan di sebelah utara Malaysia pada 6 Mac 2026 hingga 8 Mac 2026 dan acara kemuncak di MITEC, Kuala Lumpur pada 13 Mac 2026 hingga 16 Mac 2026.




Kemuncak penganjuran ABxFGR 2026 akan berlangsung seperti tahun-tahun sebelum ini, selama 66 jam tanpa henti bermula jam 12.00 tengah hari pada 13 Mac 2026 sehingga jam 6.00 pagi pada 16 Mac 2026 bertempat di Pusat Perdagangan dan Pameran Antarabangsa Malaysia (MITEC), Kuala Lumpur.






Sepanjang 4 tahun penganjuran, ABxFGR telah mencatatkan pelbagai pencapaian luar biasabdan berikut merupakan rangkuman kejayaan yang telah direkodkan sejak tahun 2022 : 

• RM61.5 juta hasil jualan
• 2,432 tapak reruai
• 7.96 juta jumlah pengunjung
• 334 vendor F&B
• Lebih 400 Selebriti
• 125 rakan penaja
• Lebih daripada 3,500 usahawan dan 700 jenama tempatan






“Pencapaian – pencapaian yang dicapai sepanjang penganjuran ini telah mengukuhkan lagi status ABxFGR sebagai Festival Raya yang paling ikonik dan pilihan utama pengunjung di Malaysia, di samping memberi impak positif kepada ekonomi negara serta membuka peluang perniagaan kepada usahawan dan pemilik perniagaan tempatan, khususnya Perusahaan Kecil dan Sederhana (SME). Di samping itu, sebagai hentian antarabangsa pertama bagi acara ini, Brunei Darussalam menjadi fokus strategik bagi memperluaskan capaian jenama acara ABxFGR serta meraih potensi pasaran baharu di negara tersebut.” kata Datin Wira Sabrina, Pengarah dan Pengasas My Events International.




Pihak penganjur turut memperkenalkan barisan rakan penaja di mana ABxFGR akan dimaniskan oleh Kunafa Aiwahhh, diikuti SPayLater sebagai Kaedah Pembayaran BNPL Rasmi, Bank Rakyat sebagai Bank Rasmi, Power Root sebagai Minuman Eksklusif, Cik B Salmon Skin sebagai Rangupan Rasmi, Sugar Bomb sebagai Wangian Rasmi, REV Media Group sebagai Media Rasmi dan Ombak Exclusive selaku Percetakan Rasmi bagi acara ini.

ABxFGR 2026 ini juga diserikan dengan rakan penaja yang lain seperti Beauboss, Siti Khadijah, Varisha Collection, Keyes Bakehouse, Seri Bako, Opai Fragrance, HABIB, Cheetah dan Pure Lab.

 

“Skala penganjuran ABxFGR 2026 ini telah diperluaskan ke Brunei dan Pulau Pinang dan turut diperbesarkan dengan penambahan ruang pameran bagi menempatkan lebih banyak tapak reruai di acara kemuncak di MITEC, KL nanti. Jadi, kami amat menghargai sokongan barisan penganjur pada tahun ini dalam merealisasikan impian kami untuk menembusi pasaran baru di peringkat antarabangsa serta bahagian utara Malaysia.” kata Encik Nur Ali Nadzwan, Pengarah Urusan Absolut Events & Management.

Pihak penganjur membawakan kelainan tahun ini dengan menawarkan pilihan kaedah Buy Now, Pay Later daripada SPayLater. Kaedah pembayaran menggunakan SPayLater tidak lagi
asing dalam kalangan pengguna sekarang dan pihak penganjur yakin kerjasama dengan SPayLater dapat memberi pengalaman membeli-belah tanpa batasan di ABxFGR 2026.




Seterusnya, tarikan utama yang bakal diketengahkan termasuk aktiviti sampingan di Brunei, Grab The Gold. Tidak kurang juga di Kuala Lumpur ABxFGR bawakan Cengkaman Lebaran atau Human Claw Machine, dan pengunjung di Penang berpeluang merasai pengalaman mengujakan, Money Chamber. Tidak ketinggalan juga Jualan Happy Hour serta persembahan daripada penyanyi-penyanyi terkenal di Malaysia sepanjang tempoh penganjuran. Festival ini juga bakal menampilkan barisan selebriti serta usahawan ternama bagi memeriahkan suasana sepanjang acara berlangsung.




Sebagai sebahagian daripada inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR), pihak penganjur ABxFGR 2026 juga akan menyampaikan bantuan bagi golongan yang memerlukan seperti anak-anak yatim dan persatuan ibu-ibu tunggal sama seperti tahun lepas dan berharap agar inisiatif ini dapat menjadi sebuah tradisi untuk tahun-tahun akan datang sebagai tanda memperingati mereka yang memerlukan.


Pihak penganjur berharap penganjuran ABxFGR 2026 dapat terus menjadi platform utama bagi memperkenalkan produk dan perkhidmatan usahawan tempatan, disamping menawarkan pengalaman membeli–belah persiapan raya yang lengkap kepada para pengunjung. Orang ramai dijemput untuk mengikuti akaun media sosial rasmi ABxFGR bagi mendapatkan maklumat terkini serta perkembangan terbaharu berkaitan penganjuran acara ini.

###

My Events International
Dengan pengalaman selama 19 tahun, My Events International telah berkembang sebagai sebuah syarikat penciptaan kandungan terkemuka di Malaysia, yang menghasilkan pengalaman jenama berimpak tinggi di peringkat tempatan dan antarabangsa. Syarikat ini memberi tumpuan kepada penghasilan kandungan yang bermakna dan menarik untuk konsert, persidangan, pameran dan majlis makan malam gala, menjadikan setiap projek unik.

Daripada pembangunan konsep kreatif hingga pelaksanaan di lokasi, My Events International menyediakan penyelesaian kandungan secara menyeluruh termasuk reka bentuk kreatif, produksi audio visual, pembinaan pentas dan reruai, sistem pendaftaran, pemasaran dan promosi, serta penciptaan kandungan digital. Dengan meletakkan kandungan dan penceritaan sebagai teras utama setiap projek, My Events International membantu jenama berhubung dengan audiens secara lebih berkesan dan berkekalan.

Absolut Events & Management
Absolut Events & Management merupakan anak syarikat di bawah Absolut Chocolat dengan fokus utama kepada perancangan dan penganjuran acara. Absolut Chocolat dibangunkan oleh Nur Ali Bin Nadzwan dan Sharifah Nadiyah Binte Syed Fuad pada tahun 2018 bermula dengan perniagaan kek atas talian dan kemudian memasuki pasaran offline sebagai salah satu inisiatif meluaskan empayar perniagaan mereka. Absolut Events & Management sebelum ini juga menjadi penganjur pesta makanan terbesar iaitu Absolut Food Fest di Shah Alam dan bermula pada tahun lalu acara ini juga telah memasuki pasaran Singapura.

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi;
Cik Huda
Pemasaran & Komunikasi Korporat
My Events International Sdn Bhd
huda@myeventsinternational.com | +6013 748 1336

My Events International