Terkini | New

Sajian Imbauan Desa: Gajah Tiga X Farmer Village Mempersembahkan Menu Warisan Melayu Istimewa Untuk Seisi Keluarga Ramadan Ini.

Sajian Imbauan Desa: Gajah Tiga X Farmer Village Mempersembahkan Menu Warisan Melayu Istimewa Untuk Seisi Keluarga Ramadan Ini.

​Sempena kedatangan bulan Ramadan yang penuh barakah, dua jenama restoran terkemuka, Gajah Tiga dan Farmer Village, dengan bangganya mengumumkan kolaborasi sulung mereka dalam menganjurkan bufet berbuka puasa yang diberi nama “Sajian Imbauan Desa”. 


Kerjasama strategik ini bertujuan untuk menyatukan kepakaran kulinari tradisional dan persekitaran rekreasi yang unik bagi memberikan pengalaman berbuka puasa yang tidak dapat dilupakan buat para pelanggan.



​Sajian Imbauan Desa bakal menampilkan lebih hidangan warisan Melayu yang dipilih khas untuk menggamit kenangan suasana di kampung halaman. Menu-menu yang disediakan adalah berasaskan masakan tradisional Melayu ala kampung yang sangat dekat di hati masyarakat Malaysia. Antara hidangan utama yang menjadi tarikan utama termasuklah signature Cucur Udang Gajah Tiga, Rendang Tok, Ayam Masak Lemak Cili Api, Gulai Daging Kawah, Sate Ayam dan Daging, Tempoyak Pucuk Ubi, serta Kambing Golek yang disediakan segar untuk para tetamu.



​Bagi melengkapkan selera, bufet ini turut menyediakan pelbagai menu pembuka selera seperti Gado-Gado dan aneka kerabu tradisional termasuk Kerabu Pegaga serta Kerabu Ikan Bilis. Selain itu, para pencinta manisan akan dimanjakan dengan hampir 20 pilihan kuih-muih tradisional dan pencuci mulut yang lazat seperti Pengat Pisang, Bubur Pulut Hitam, Coconut Brownies, Roti Jala, Cucur Jawa, Bingka Ubi, Talam Cendol, Aneka Rojak Buah, dan aiskrim.



​Pengasas Farmer Village, Dato’ Peter Ng, menyatakan bahawa kerjasama dengan Gajah Tiga ini dijalin dengan hasrat untuk memberikan variasi yang lebih unik dan menarik kepada pengunjung dengan menggabungkan kekuatan kedua-dua pihak. Menurut beliau, ini merupakan kali pertama Farmer Village menganjurkan bufet Ramadan dengan mengetengahkan konsep "Suasana Bazar Ramadan" bagi menghidupkan kembali memori dan kemeriahan bulan puasa. Beliau juga menyasarkan Farmer Village sebagai lokasi rekreasi yang boleh dinikmati oleh tiga generasi serentak, menawarkan gabungan makanan, minuman, dan persekitaran yang santai untuk seisi keluarga.



​Sementara itu, Pengarah Syarikat Gajah Tiga, Nazri Hendra, menyuarakan harapan agar gabungan ini dapat memperkukuhkan lagi nama kedua-dua restoran dalam arena masakan Melayu. Beliau menjelaskan bahawa Gajah Tiga Cafe, di bawah naungan Gajah3 Foods Sdn Bhd, bermula dengan kumpulan kecil yang komited untuk memartabatkan masakan tradisional melalui proses penyelidikan dan pembangunan (R&D) bagi memberi nafas baharu kepada hidangan warisan. Idea kolaborasi ini tercetus daripada visi bersama untuk mencari rakan kongsi yang mempunyai matlamat yang sama dalam memeriahkan Ramadan tahun ini.




​Bufet Ramadan Sajian Imbauan Desa ini akan bermula pada awal Ramadan, iaitu 23 Februari 2026. Harga biasa bagi seorang pelanggan bermula dari RM 78 hingga RM 128. Walau bagaimanapun, sebagai berita gembira bagi mereka yang merancang awal, seramai 1,000 pelanggan pertama yang membuat tempahan akan menikmati harga istimewa ‘early bird’ yang bermula serendah RM 68 hingga RM 98 sahaja.


​Untuk sebarang pertanyaan lanjut atau urusan tempahan, orang ramai boleh menghubungi talian 012-725 9113 atau 012-747 9113.