Terkini | New

DEWA 19 CINTAKU TERTINGGAL DI MALAYSIA DITEMANI PADI REBORN

DEWA 19 CINTAKU TERTINGGAL DI MALAYSIA DITEMANI PADI REBORN

​Pertama dalam Sejarah Konsert di Malaysia Bakal Dilakar 6 Jun 2026 Tiket mulai dijual pada Jumaat, 27 Februari 2026, jam 11 pagi


​Tiga tahun setelah pertemuan terakhir pada 29 September 2023 menerusi Dewa 19: A Night At The Orchestra - Chapter 5, Dewa 19 ternyata telah meninggalkan para 'Laskar Cinta' mereka iaitu Baladewa dengan 'Kangen' yang seperti 'Angin'. Pada tahun 2026, Dewa 19 siap untuk 'Sedang Ingin Bercinta' lalu mengisi konsert yang diberi judul Dewa 19 - Cintaku Tertinggal di Malaysia lewat 'Roman Picisan' yang sentiasa dirindu.




​Konsert yang direncana berlangsung di Axiata Arena Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada 6 Jun 2026 ini bukan hanya penganjuran 'Separuh Nafas', kerana Icon Entertainment sekali lagi memastikan Dewa 19 tidak datang 'Kosong'. Band fenomena Indonesia yang diasaskan Ahmad Dhani ini akan hadir bersama rakan seperjuangan termasuk Andra Ramadhan, Yuke Sampurna dan Agung Yudha.

​"Setelah kali terakhir melakukan konsert di Kuala Lumpur pada 2023, Dewa 19 selalu ingin kembali bertemu peminat di Malaysia. Malaysia, menurut Dewa 19 punya tempat yang istimewa di hati mereka. Ada cinta yang selalu tertinggal di sini sejak mereka pertama kali dapat menembus pasaran dan memiliki Baladewa sendiri di Malaysia. Jadi selepas perbincangan dan mencapai kata sepakat, kami menamakan konsert ini sebagai Dewa 19 - Cintaku Tertinggal di Malaysia," ujar pengasas Icon Entertainment, Iman Tang.

​Konsert ini kelak akan menampilkan tiga vokalis utama Dewa 19 iaitu Ari Lasso, Virzha dan Marcello Tahitoe (Ello) bersama Tyo Nugros. Lebih mengujakan, Icon Entertainment buat julung kalinya menghadirkan Padi Reborn untuk bermain satu panggung bersama Dewa 19 sebagai band jemputan istimewa.


​Menurut Iman Tang, penyatuan dua band gergasi Indonesia di atas satu panggung ini bakal menjadi lokasi pertemuan Baladewa dan Sobat Padi yang sangat signifikan. Padi Reborn yang cukup terkenal dengan hit seperti Kasih Tak Sampai, Begitu Indah dan Menanti Sebuah Jawaban akan membawa konsep yang dipenuhi kasmaran dan cinta.

​Untuk kali ini, tema pakaian yang ditetapkan adalah amat mudah iaitu T-SHIRT BAND ORIGINAL. Para peminat digalakkan menunjukkan sisi sejati mereka dengan menggayakan koleksi T-shirt rasmi sama ada Dewa 19 mahupun Padi Reborn.


​INFORMASI KONSERT
​Artis: Dewa 19 bersama Ari Lasso, Virzha, Marcello Tahitoe, Tyo Nugros
​Penampilan Khas: Padi Reborn

​Acara: Dewa 19 - Cintaku Tertinggal di Malaysia
Tarikh: 6 Jun 2026
​Lokasi: Axiata Arena Bukit Jalil, Kuala Lumpur
Masa: 8 Malam
Penganjur: Icon Entertainment

​Kategori & Harga Tiket:
​RM236 (Atas Nama Cinta)
​RM288 (Bala Sobat)
​RM388 (Pangeran Cinta)
​RM428 (Laskar Cinta)
​RM488 (Sedang Ingin Bercinta)

​Pembelian Tiket: Mulai Jumaat, 27 Feb 2026, jam 11 pagi di www.ticket2u.com.my/dewa19

​Rakan Strategik:

Sinar FM, ERA FM, Zayan, THR Gegar, The News.com.my, Gempak, Kesion, Warisan Outdoor, Opah Strawberries, DTC Car Lifestyle.