Terkini | New

CelcomDigi meraikan penjaga budaya dengan “Penyeri Tradisi Raya”

CelcomDigi meraikan penjaga budaya dengan “Penyeri Tradisi Raya”

Dengan Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang tidak lama lagi, CelcomDigi Berhad (“CelcomDigi”) berkongsi “Penyeri Tradisi Raya”, sebuah filem pendek perayaan yang menjengah ke sebalik tabir untuk menonjolkan individu-individu luar biasa yang hasil seninya membentuk pemandangan, bunyi, dan rasa perayaan yang kita kenali dan membesar bersamanya.


“Penyeri Tradisi Raya” meneruskan usaha CelcomDigi untuk memberi penghormatan kepada kelompok pembuat dan penjaga tradisi yang sering tidak didendang, di mana hasil kraf mereka membentuk jiwa pengalaman Hari Raya kita. Filem ini merakam keghairahan, penelitian dan kemahiran para artisan di sebalik barangan wajib perayaan yang biasa dilihat, daripada kehalusan tenunan songket, dan songkok yang dihasilkan dengan teliti, sehinggalah cahaya pelita yang hangat dan aroma wangi lemang, yang mana kesemuanya membentuk kenangan yang mentakrifkan Syawal bagi ramai rakyat Malaysia.

Di kala perhubungan membawa kita lebih dekat dalam pelbagai cara, CelcomDigi percaya bahawa hubungan sebenar melangkaui teknologi. Ia hidup dalam budaya kita, komuniti kita, dan tradisi yang mengikat kita bersama, satu peringatan bahawa walaupun dalam dunia digital yang bergerak pantas, warisan kita terus berkembang subur.

“Di sebalik setiap perayaan terdapat rantaian keprihatinan — para artisan, keluarga, dan komuniti yang mencurahkan usaha terbaik mereka untuk menghidupkan Hari Raya, dan ‘Penyeri Tradisi Raya’ adalah ungkapan terima kasih kami kepada mereka yang tidak jemu memelihara maknanya. Sambil kita melangkah lebih jauh ke dalam masa depan digital, peranan kami adalah untuk memastikan tradisi ini kekal bertahan, berkembang, dan menjangkau lebih ramai rakyat Malaysia melalui kekuatan rangkaian terpantas, terluas dan selamat di Malaysia, supaya nadi Raya terus kekal relevan dan hidup untuk generasi akan datang,” kata Chan May Ling, Ketua Jenama dan Perkhidmatan Pemasaran CelcomDigi.

Membayangkan Semula Aidilfitri melalui artis muda Malaysia

Dalam semangat memupuk tradisi sambil menggalakkan idea baharu, CelcomDigi juga memperluaskan sambutan Hari Raya kepada bakat muda Malaysia. Tahun ini, syarikat meneruskan inisiatif khas yang menjemput bakat muda yang sedang meningkat naik untuk membayangkan semula Hari Raya Aidilfitri melalui lensa artistik mereka sendiri, memberikan ruang kepada suara segar untuk mentafsirkan apa makna perayaan itu bagi mereka melalui rekaan sampul raya yang unik.

Pereka muda ini mempersembahkan ekspresi Aidilfitri yang penuh bermakna dan kontemporari, dengan setiap karya mencerminkan bagaimana tema kebersamaan, kesyukuran, dan kebanggaan budaya terus berkembang bersama generasi seterusnya. Ciptaan mereka menawarkan gambaran bagaimana tradisi Raya boleh dihargai, dipelihara, dan diteruskan dalam cara yang baharu dan imaginatif.

Tonton kisah yang tidak didendang di sebalik inisiatif sampul raya kami, sebuah sambutan kreativiti belia Malaysia dan bakat di sebalik ilustrasi tersebut di SINI.

Jom raikan dengan tawaran eksklusif Hari Raya Aidilfitri

  • Tonton hiburan hebat bersama rakan dan keluarga semasa musim perayaan ini dengan percubaan percuma 1 bulan untuk StreamMORE Sooka, Prime Video dan Viu.

  • Nikmati Raya tanpa bimbang dengan perlindungan pembaikan telefon PhoneFIX, hanya RM1 untuk bulan pertama anda.

  • Kekal terlindung daripada penipuan dalam talian (scams) dengan MobileSHIELD, hanya RM1 untuk bulan pertama anda.

  • Dapatkan AirTags dan AirPods 4 percuma apabila anda menaik taraf kepada iPhone Air Easy360, pelan ansuran peranti yang paling mudah.

CelcomDigi mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh rakyat Malaysia dan sambutan yang bermakna bersama orang tersayang.