Baharu Bagi Anda, Tapi Bukan Untuk Kami
Selama lebih 35 tahun, Samsung telah menjadi sebahagian daripada kehidupan seharian di Malaysia. Itu lebih lama daripada usia sesetengah grup WhatsApp kita, okey. Daripada telefon pertama kita sehinggalah peranti yang kita gunakan sekarang untuk bekerja, bermain, dan segala-galanya di antaranya, Samsung secara senyap telah mencorak cara kita hidup melalui teknologi. Dan dalam perjalanan itu, pengguna Galaxy A telah membina satu macam… main character energy.
Dan jika anda pernah merasakan pengguna Galaxy A bertindak sedikit berbeza – tenang ketika orang lain panik tentang bateri, tidak peduli apabila ciri 'baharu' diperkenalkan – anda tidak berkhayal.
Tak boleh relate?
Tak guna Samsung la tu.
Memperkenalkan siri santai yang dihasilkan oleh pengguna Galaxy, untuk… semua orang lain. Ia pada dasarnya adalah pengguna Samsung yang menunjukkan bagaimana mereka menggunakan ciri-ciri yang telah mereka miliki sejak sekian lama. Tiada flex, tiada drama. Hanya momen kehidupan sebenar yang membuatkan anda terfikir, “Kejap… ini bukan benda baharu ke?”
Ketik, Bayar, Hirup: Kopi dulu, yang lain kemudian
Bayangkan ini: Jam 8 pagi. Kedai kopi penuh sesak. Semua orang sedang beratur. Ada kod QR seseorang yang tidak boleh diimbas. Aplikasi bank seseorang pula sedang loading…
Dengan Samsung Wallet, segalanya sudah ada di satu tempat – kad pembayaran, pas masuk, kad kesetiaan, malah mata ganjaran Samsung Members.
Tiada lagi pertukaran antara pelbagai aplikasi dompet digital. Tiada lagi momen “eh maaf ya” yang kekok di kaunter.
Ketik. Selesai. Jalan.
Bagi golongan dewasa bekerja dan pelajar yang sentiasa bergerak, ekosistem yang lancar ini sangat sesuai dengan Galaxy A56 5G; peranti serba boleh yang dibina untuk pengguna yang mahukan prestasi kuat dengan kemudahan harian yang sedia ada.
Kerana apabila telefon anda mengendalikan pembayaran, produktiviti, dan urusan kehidupan – ia mestilah boleh diharap.
Hiburan sepanjang hari, tanpa perlu pengecas
Anxiety terhadap bateri adalah sesuatu yang nyata – terutamanya jika anda berulang-alik jauh, menggunakan Waze setiap hari, menonton YouTube semasa rehat atau mengendalikan kedai dalam talian melalui WhatsApp dan TikTok.
Tetapi entah bagaimana, dengan siri Galaxy A, ia terus bertahan.
Ini kerana Samsung memfokuskan kepada tempoh masa main balik video yang lama, memberikan sehingga 29 jam main balik video (untuk peranti terpilih) – itu adalah ketahanan dunia sebenar, bukan sekadar angka untuk slaid pemasaran.
- Untuk pengguna harian yang tegar dan sentiasa melakukan pelbagai tugas (multitasking), Galaxy A36 5G tampil dengan penyejukan yang dipertingkatkan dan prestasi yang lebih lancar.
- Bagi mereka yang mengutamakan naik taraf praktikal dengan hayat bateri yang boleh diharap, Galaxy A26 5G menawarkan ketahanan yang dioptimumkan dengan ciri-ciri penting yang menyelesaikan tugas dengan mudah.
- Dan bagi mereka yang mahukan 5G mampu milik yang tetap tahan lama, Galaxy A07 5G memberikan harga yang berpatutan tanpa mengorbankan kebolehpercayaan teras.
Kerana apabila anda keluar rumah pada jam 7 pagi dan pulang pada jam 9 malam, bateri yang “hampir cukup” sahaja tidak memadai.
Tak leh relate? Sekarang anda tahu sebabnya.
Telefon yang kekal awet muda
Anda tahu kan apabila ibu bapa berkata, “Masih boleh guna lagi, buat apa tukar?”
Dengan siri Galaxy A, mereka mungkin sebenarnya betul.
Dalam dunia di mana telefon diganti terlalu cepat, Samsung memilih untuk kekal selama mungkin. Itulah hebatnya sokongan peranti jangka panjang. Dengan kemas kini perisian dan keselamatan sehingga 6 tahun, peranti Galaxy A dibina untuk bertahan lama, walaupun apabila ia bertukar tangan.
Ini menjadikan model seperti Galaxy A56 5G dan A36 5G sangat menarik bagi pengguna yang mahukan nilai jangka panjang – sama ada untuk menyimpan telefon lebih lama, memberikannya kepada ahli keluarga, atau mengekalkan nilai jualan semula yang lebih baik.
Dalam ekonomi hari ini, sokongan jangka panjang bukan sekadar bonus. Ia adalah ketenangan fikiran.
Apabila anda sentiasa tahu segala-galanya
- Nampak hidangan di TikTok tapi tak tahu apa namanya?
- Sedang membaca sesuatu dalam bahasa lain?
- Mahu membandingkan produk secara instan?
Dengan Circle to Search, hanya bulatkan apa sahaja di skrin anda dan dapatkan jawapan. Tanpa perlu menaip. Tanpa gimnastik bertukar aplikasi. Hanya bulatkan, dan selesai.
Bagi pengguna yang pertama kali naik taraf ke 5G dan mencari fungsi yang seimbang, Galaxy A17 5G menjadikan ciri pintar seperti ini mudah diakses tanpa kerumitan yang melampau. Sementara itu, model kelas atasan membawakan respons yang lebih lancar untuk pengguna yang melakukan banyak tugas serentak. Bagi pelajar yang membuat penyelidikan, pencinta makanan yang meneroka tempat baharu, atau pembeli yang menyemak butiran – ia menjimatkan masa dan usaha.
Ia adalah AI yang terasa ringkas, bukan rumit.
Telefon yang sepadan dengan identiti anda
Sesetengah pengguna mahukan yang bersih dan ringkas. Yang lain mahukan kawalan penuh.
Pilihan penyesuaian dan personalisasi mendalam pada Galaxy A membolehkan pengguna menyesuaikan reka letak, navigasi, dan tingkah laku antaramuka untuk sepadan dengan aliran kerja dan gaya mereka.
Kerana telefon anda harus menyesuaikan diri dengan anda – bukan sebaliknya.
Jadi… kenapa begitu tenang dan yakin?
Tonton bagaimana ciri Galaxy A sesuai dengan kehidupan sebenar rakyat Malaysia – daripada pembayaran yang lancar dan bateri sepanjang hari sehinggalah kemas kini jangka panjang dan carian yang lebih pintar.
Tiada gimik (hype). Hanya manfaat harian dalam tindakan.
Tak boleh relate? Tak guna Samsung la tu.
Ketahui lebih lanjut dan tonton video di sini: https://www.youtube.com/playlist?list=PLnTShG87SzXOCc-eOAUsKRH6BqJX-4BWK
Peluang Mendapatkan Galaxy A Anda
Siri Galaxy A dibina supaya anda tidak perlu memilih antara kebolehpercayaan jangka panjang dan kemampuan harga — dan dengan promosi masa terhad sekarang, inilah saat terbaik untuk bertukar.
Sama ada anda menaik taraf ke 5G buat kali pertama, mendapatkan telefon untuk ibu bapa anda, atau mencari sesuatu yang boleh diharap tanpa membebankan bajet anda, terdapat model Galaxy A yang masuk akal dari segi kewangan — terutamanya sekarang.
Kerana nilai bukan tentang menjadi yang paling murah, tetapi tentang membayar untuk sesuatu yang benar-benar bertahan lama.
The Launch Rebate promo will run from the 25th March 2026 – 31st Dec 2026 and the Bank/Shopee PayLater Rebate will run from the 25th March 2026 – 29th April 2026.
To learn more on the Galaxy A57 5G: https://www.samsung.com/my/smartphones/galaxy-a/galaxy-a57-5g-awesome-navy-512gb-sm-a576bdbuxme
To learn more on the Galaxy A37 5G: https://www.samsung.com/my/smartphones/galaxy-a/galaxy-a37-5g-awesome-lavender-256gb-sm-a376blvuxme
