Terkini | New

BARASUARA LIVE IN KUALA LUMPUR BAKAL GEGARKAN PENTAS 4 APRIL 2026

BARASUARA LIVE IN KUALA LUMPUR BAKAL GEGARKAN PENTAS 4 APRIL 2026


Penantian peminat muzik alternatif akhirnya bakal terjawab apabila kumpulan dari Indonesia, Barasuara, akan tampil dalam sebuah konsert eksklusif “Barasuara Live in Kuala Lumpur” yang dijadualkan berlangsung pada 4 April 2026.

Konsert ini dibawakan oleh YOLO Malaysia, sebuah syarikat penganjur acara yang semakin dikenali dalam membawakan pengalaman hiburan langsung berkualiti tinggi ke Malaysia dan rantau sekitarnya.

Dikenali dengan gabungan bunyi rock alternatif yang dinamik serta susunan muzik yang berlapis, Barasuara telah mencipta identiti tersendiri dalam industri muzik Indonesia. Persembahan mereka sering dianggap sebagai satu pengalaman ‘live’ yang penuh intensiti, menggabungkan elemen emosi, tenaga dan interaksi yang kuat bersama penonton.

Menurut wakil YOLO Malaysia, konsert ini dijangka menarik kehadiran peminat dari seluruh rantau, termasuk Malaysia, Singapura, Brunei dan Indonesia.

“Barasuara adalah sebuah band yang perlu dialami secara langsung. Tenaga dan susunan muzik mereka sangat unik, dan kami mahu membawa pengalaman tersebut kepada peminat di Kuala Lumpur,” jelas wakil penganjur.

Konsert ini bakal menampilkan rangkaian lagu-lagu popular Barasuara termasuk karya daripada album-album terdahulu serta pilihan lagu kegemaran peminat, termasuk lagu yang sedang tular seperti “Terbuang Dalam Waktu” dan “Pancarona” yang dijangka menjadi antara momen paling dinanti oleh penonton.

Selain itu, aspek produksi seperti sistem bunyi dan visual turut diberi perhatian khusus bagi memastikan pengalaman konsert yang imersif dan berkualiti tinggi, selaras dengan standard persembahan antarabangsa.


Sebagai antara pemain aktif dalam industri penganjuran acara, YOLO Malaysia terus komited dalam memperkukuhkan landskap muzik ‘live’ tempatan dengan membawakan artis-artis serantau yang berpengaruh.

“Barasuara Live in Kuala Lumpur” bukan sekadar sebuah konsert, tetapi satu pengalaman muzik yang bakal menghimpunkan komuniti pencinta muzik dalam satu malam yang penuh energi.


Tiket kini sedang giat terjual dan peminat dinasihatkan untuk mendapatkannya segera di yoloasia.com sebelum kehabisan.


Mengenai YOLO Malaysia

YOLO Malaysia merupakan sebuah syarikat penganjur acara dan hiburan yang memberi fokus kepada pengalaman muzik dan hiburan secara langsung. Dengan rekod penganjuran konsert dan acara berskala besar, YOLO Malaysia komited dalam membawakan pengalaman yang unik dan berkualiti tinggi kepada penonton di Malaysia dan rantau Asia.