Terkini | New

Pelancaran Siri Peti Sejuk Pertama Coway di Malaysia Sempena Ulang Tahun ke 20

Pelancaran Siri Peti Sejuk Pertama Coway di Malaysia Sempena Ulang Tahun ke 20 

Bersempena ulang tahun ke-20 Coway di Malaysia dan Coway Innovation Fest, syarikat Best Life Solution ini meluncurkan siri peti sejuk sulungnya. Menariknya, Malaysia merupakan pasaran pertama dalam ekosistem global Coway yang memperkenalkan siri ini. Pelancaran ini mencerminkan satu pencapaian penting dalam evolusi berterusan jenama tersebut ke arah ekosistem penyelesaian kelengkapan rumah dan gaya hidup yang lebih lengkap dan menyeluruh.

​Berteraskan falsafah ulang tahun “Tiada Kompromi”, pelancaran ini membuktikan komitmen Coway untuk terus berinovasi melangkaui penyelesaian kelengkapan rumah konvensional sambil memenuhi perubahan gaya hidup dan jangkaan isi rumah Malaysia. Berasaskan kepercayaan pengguna yang dibina utuh selama dua dekad di Malaysia, rangkaian Peti Sejuk Coway menandakan pengembangan strategik jenama ke kategori baharu. Produk ini menggabungkan fungsi canggih, reka bentuk yang teliti dan servis penjagaan jangka panjang dalam satu ekosistem gaya hidup bersepadu.

​Siri peti sejuk baharu ini memperkenalkan dua model yang disesuaikan mengikut keperluan isi rumah berbeza iaitu Peti Sejuk Empat Pintu 551L dan Peti Sejuk Dua Pintu 715L. Direka untuk melengkapi kediaman moden sambil menawarkan fungsi harian yang praktikal, model Empat Pintu menyediakan penjagaan makanan yang serba boleh bagi pelbagai keperluan penyimpanan, manakala model Dua Pintu pula dibangunkan untuk gaya hidup yang lebih pintar dengan ruang simpanan yang luas dan teratur. Kombinasi kedua-dua model ini membuktikan pendekatan Coway dalam menyatukan inovasi, reka bentuk memikat dan keselesaan pengguna.

​Peti Sejuk Empat Pintu 551L meningkatkan fleksibiliti penyimpanan dengan empat zon suhu dan sistem boleh ubah (convertible), disokong oleh ciri seperti teknologi Triple Inverter serta sistem penjagaan Dual Hygiene dengan kemasan penyejukan logam. Sementara itu, peti sejuk Dua Pintu 715L hadir dengan ruang simpanan yang luas, laci kawalan kelembapan, teknologi Double Inverter serta ciri penyejukan berfokuskan kebersihan yang memastikan keseimbangan terbaik antara keupayaan penyimpanan, prestasi dan keanggunan reka bentuk.

​Janice Tan, Pengurus Bahagian Pemasaran Coway Malaysia berkata, “Sambutan ulang tahun ke-20 ini bukan sahaja meraikan sejauh mana perjalanan kami, malah mencerminkan hala tuju yang bakal kami terokai. Pengenalan Peti Sejuk Coway memperlihatkan aspirasi kami untuk berkembang melangkaui penyelesaian kelengkapan rumah kepada peneman gaya hidup yang lebih menyeluruh untuk kediaman moden. Dalam pasaran masa kini, pengguna semakin berhati-hati terhadap pelbagai dakwaan dan sentiasa mencari jenama yang benar-benar boleh dipercayai. Oleh itu, konsep ‘tanpa kompromi’ membawa makna yang cukup mendalam. Sebagai Syarikat Best Life Solution, kami kekal komited dalam menyediakan penyelesaian kelengkapan rumah yang lebih baik untuk menyokong gaya hidup rakyat Malaysia.”

​Setibanya di Coway Innovation Fest yang berlangsung di Concourse Area Pavilion Bukit Jalil, rakan-rakan media berpeluang menyaksikan sendiri pelancaran siri peti sejuk tersebut. Mereka turut meneroka pelbagai inovasi lain menerusi laluan interaktif Coway Home Passport yang menampilkan beberapa stesen aktiviti berkaitan penulen air, kerusi urut baharu Coway BEREX Senno dan Senno Plus serta aktiviti bertemakan peti sejuk yang memfokuskan kepada penyimpanan makanan, sekali gus memberikan pengalaman interaktif bersama produk-produk Coway.

​Kehangatan sambutan ulang tahun ke-20 Coway turut diserikan dengan sentuhan kolaborasi bersama ilustrator tempatan, Willwin Yang. Kolaborasi kreatif ini melahirkan koleksi edisi terhad yang boleh ditebus oleh tetamu yang berjaya melengkapkan laluan interaktif tersebut. Terbuka kepada orang ramai dari 16 hingga 19 Julai, acara ini menawarkan peluang keemasan kepada para pengunjung untuk meneroka dan mengumpul pelbagai barangan eksklusif termasuk bingkai gambar magnetik, beg tote, set stiker dan pin enamel.

​Bagi menyerikan lagi acara ini, para pengunjung juga boleh menikmati segmen memasak secara langsung menerusi The Fresh Table Live Cooking Show, di mana cef jemputan akan menyediakan aneka sajian kegemaran tempatan dan antarabangsa, sekali gus mempamerkan kepelbagaian penggunaan bahan-bahan segar yang disimpan dalam siri peti sejuk baharu Coway.

​Di samping keunggulan inovasi, Coway turut menegaskan komitmennya terhadap kecemerlangan perkhidmatan menerusi servis penjagaan dan penyelenggaraan khusus yang membantu memastikan kebersihan peralatan serta prestasi jangka panjang. Selaras dengan falsafah penjagaan holistiknya, siri peti sejuk ini turut dilengkapi ciri penyelenggaraan seperti penggantian penapis penyahbau dan penjagaan getah pintu bagi menyokong kebersihan dan ketahanan yang berpanjangan.

​Sepanjang tempoh ini, pengunjung juga boleh merasai sendiri inovasi terbaharu dalam rangkaian Kerusi Urut BEREX, iaitu BEREX Senno dan BEREX Senno Plus. Kerusi urut ini dilengkapi fungsi imbasan kesihatan bersepadu yang menjejaki indikator kesejahteraan utama bagi membolehkan program terapi diperibadikan mengikut keperluan individu. Ia juga menyesuaikan diri mengikut profil badan pengguna untuk memastikan penjajaran titik akupresur yang lebih tepat serta pengalaman yang lebih menyeluruh dan menyegarkan. Promosi eksklusif turut ditawarkan kepada pelanggan yang membuat pembelian sepanjang tempoh jelajah.

​Melalui pelancaran siri peti sejuk pertamanya di Malaysia dan falsafah “Tiada Kompromi”, Coway terus memperkukuh komitmennya untuk mentakrif semula kehidupan moden melalui inovasi bermakna, perkhidmatan penjagaan yang dipercayai serta penyelesaian yang memenuhi keperluan gaya hidup semasa.