Terkini | New

Satu Peranti, Kisah Tanpa Henti Bersama Revolusi Kamera Galaxy S26.

Satu Peranti, Kisah Tanpa Henti Bersama Revolusi Kamera Galaxy S26.

Setiap hari terdiri daripada momen-momen kecil dan singkat yang hilang begitu cepat sejurus selepas ia berlaku. Siri Galaxy S26 dibina khusus untuk perkara itu: untuk merakam kehidupan saat ia berlaku, tanpa usaha, secara pintar, dan indah, dikuasai oleh Galaxy AI.

​Berikut adalah tiga buah kisah. Satu peranti. Cara melihat yang tiada kesudahan.

​Malam Yang Tidak Menunggu

​Malam sudah lewat. Garis langit bandar bercahaya lembut di latar belakang, segala-galanya diselubungi warna-warna hangat kota selepas gelap.

​Kemudian datang satu soalan.

​"Eh sayang, boleh tolong ambil gambar saya tak?"

​Lelaki malang itu kaku. Ini bukan sekadar permintaan  ini adalah satu tugasan. Dia mengangkat telefonnya dengan keazaman yang tenang, mengharapkan hasil yang terbaik.

Syukurlah, Galaxy S26 Ultra sudah bersedia.

​Dengan kamera Lebar (Wide) 200MP yang dipertingkatkan menampilkan apertur F1.4 yang 47% lebih cerah, di samping kamera Telefoto 50MP dengan apertur F2.9 yang 37% lebih cerah, sistem Nightography baharu merakam imej yang sangat jelas dan terperinci walaupun dalam keadaan cahaya malap yang mencabar. Pengurangan hingar (noise reduction) yang canggih mengekalkan tona kulit semula jadi sambil memastikan suasana bandar tetap utuh.

​Dia tidak memerlukan rakaman semula. Momen itu sudah kelihatan seperti sebuah memori; hangat, tajam, dan hidup.

​Dan begitu sahaja… dia lulus ujian tersebut.

(Imej untuk tujuan ilustrasi sahaja.)

​Video (Reel) Yang Terasa Seperti Memori

​Satu jalan-jalan bersendirian melalui bandar. Telefon di tangan, merakam video secara spontan. Langkah kaki di atas kaki lima, gelak tawa dari jauh, lampu-lampu yang melintas segala-galanya berlaku secara semula jadi, tanpa koreografi.

​Dengan Video Super Steady dan ciri Kunci Mendatar (Horizontal Lock) yang baharu, Galaxy S26 Ultra memastikan setiap bingkai sentiasa rata, walaupun semasa anda sentiasa bergerak. Dikuasai oleh sudut optikal yang diperluaskan bersama-sama dengan sensor giro dan pecutan yang mengenali arah graviti, kamera ini memberikan rakaman yang lancar dan bebas gegaran, gegeran, walaupun anda memutarkan telefon sepenuhnya 360 darjah.

​Sama ada anda sedang menerokai bandar yang sibuk atau mengejar pengembaraan anda yang seterusnya, setiap klip terasa sinematik tanpa usaha.

​Kemudian, apabila ia dimainkan semula, ia tidak terasa seperti sebuah rakaman. Ia terasa seperti kembali ke sana.

​Foto Yang Melaraskan Dirinya Sendiri

​Satu potret pantas. Tiada masa untuk tetapan kamera. Tiada masa untuk pencahayaan yang sempurna. Hanya satu momen yang tidak akan menunggu.

​Butang pengatup ditekan, dan Galaxy AI mula bekerja dalam diam.

​Menggunakan Bantuan Foto (Photo Assist), pengguna boleh hanya menerangkan suntingan yang mereka inginkan — daripada membuang gangguan dan menukar latar belakang sehinggalah memperhalusi pencahayaan dan butiran tanpa alat suntingan yang rumit. Perlu membersihkan pemandangan atau mengubahnya menjadi sesuatu yang lebih kreatif? Studio Kreatif (Creative Studio) membolehkan anda menghasilkan pelekat, visual diperibadikan, jemputan, kertas dinding dan banyak lagi daripada arahan mudah atau lakaran, semuanya dalam satu pengalaman lancar yang sama.

​Hasilnya tidak terasa seperti keterlaluan disunting. Ia cuma terasa tepat.

​Tiada keraguan kali kedua. Tiada rakaman semula. Hanya sebuah foto yang memahami apa yang anda mahukan sejak dari awal lagi.

(Imej untuk tujuan ilustrasi sahaja.)

​Satu Peranti, Kisah Tanpa Henti

​Tempat yang berbeza. Orang yang berbeza. Emosi yang berbeza.

​Tetapi satu peranti menyesuaikan diri dalam diam, mempertingkat secara pintar, dan tidak pernah mengganggu momen tersebut.

​Siri Galaxy S26 tidak meminta pengguna untuk menjadi jurugambar yang lebih baik. Ia membantu mereka untuk kekal hadir pada waktu itu sementara ia mengendalikan kerumitan merakam kehidupan saat ia berlaku.

​Kerana pada akhirnya, ia bukan tentang mengambil foto yang sempurna.

​Ia adalah tentang tidak terlepas kisah itu sejak dari mula lagi.

​Untuk membeli Siri Samsung Galaxy S26, sila layari: https://www.samsung.com/my/offer/galaxy-s26-series/