Recent comments

Terbaru

Nikmati Makanan Laut Dan Ikan Bakar di Restoran Sisik Ikan Bakar, Klang

Kali ini ingin kami kongsikan kepada anda salah satu tempat makan makanan Seafood yang sedap di kawasan Klang iaitu Restoran Sisik Ikan Bakar. 



Apa yang menarik di Restoran Sisik Ikan Bakar anda boleh merasai menu-menu menarik dari hidangan makanan laut yang segar dan sedap. Jangan lupa tonton video di bawah sehingga habis.


Jom kita lihat menu terbaik yang mereka masak untuk pelanggan-pelangan mereka. Ruang makan yang besar dan cukup selesa untuk membawa kawan, keluarga atau kumpulan yang besar.





Restoran ini kenali sebagai Resepi Warisan Tok yang di tubuhkan tahun 2013 dan kini di buka sehingga malam sesuai untuk mereka yang pulang lewat bekerja.





Jika ke sini kami sarankan anda mencuba lasi lemak buluh perindu salah satu makanan yang popular di restoran ini. Nasi dimasak di dalam buluh dan di balut dengan daun pisang bagi menghasilkan bau dan aroma yang menarik.





Makanan laut yang di sediakan segar dan pelbagai untuk anda pilih. Rasa manis ikan, kepah dan makanan laut sedap dan ada juga ikan yang belum pernah kami cuba ada di sini.







Makanan laut selain ikan juga terdapat di sini, mesti ada tak tahu nak pilih yang mana dan masak bagaimana nanti. Jangan bimbang, cubalah bertanyakan kepada pelayan nanti. Buat pilihan dengan bijak dan jangan membazir.









Ulam-ulaman pun meriah dan segar seperti baru di petik jadi khasiat sayur dan makanan yang anda makan memang tidak mengecewakan nanti. Sambal-sambal pun pelbagai untuk pilihan anda.









Ulam-ulaman yang sempat kami rasa sendiri bersama lauk-lauk masakan laut yang pasti menjadikan hari anda gembira.












Memang meriah makanan yang kami makan malam bersama-sama kawan-kawan dan anda boleh lihat pelbagai menu yang kami pilih dan cuba. Memang sedap dan berbaloi ke sini.






Ikan Pari Bakar yang penuh rasa rempah dan Ikan masak singgang yang sedap menjadi pilihan. Sotong Bakar cili berempah pula membuat hati mereka tertawan.









Kami kongsikan senarai menu dan harga untuk anda lihat dan memang berbaloi datang sekeluarga. Kalau nak jimat lagi order air jug besar senang sahaja sekali order.













Senarai untuk Ayam kampung dan ikan goreng berempah.



Senarai harga bagi peminat masak asam





Lokasi Restoran Sisik Ikan Bakar bersebelahan GM Klang Wholesales City. Bagi mereka yang berhasrat untuk datang kesini bolehlah lihat alamat mereka di bawah..Untuk maklumat lanjut anda boleh layari laman sosial media mereka di :

Facebook : Resepi Warisan TOK SISIK
IG : @restoransisik

RESTORAN SISIK IKAN BAKAR
No 32, Jalan kasiarina 1/ks7, Bandar Botanic,
41200 Klang, Selangor Darul Ehsan.
No tel : https://wa.me/+60192263004 & https://wa.me/+60162240474

Waktu Operasi:
8.00 Pagi-4.30 petang : Masakan Melayu Asli.
5.00 Petang-12.30 Pagi : Masakan Berasaskan Makanan Laut.


#sisikikanbakar #masakanmelayuasli #ikanbakarklang #makansedapklang #tempatmakanklang #resepiwarisantoksisik #dboystudio

No comments

Travel Blogger, Event, and Malaysia Food networking
Please send me a message at dboyfotopages@gmail.com.
Thank you for comment :)