Terkini | New

Pizza Menarik Di Naked Restaurant & Bar di Hartamas, Kuala Lumpur.

Kali ini ingin kami kongsikan kepada anda tempat makan menarik di Kuala Lumpur yang boleh anda nikmati makanan terbaik. Kami berpeluang mencuba pelbagai jenis pizza yang menarik seperti Pizza pepperoni, Salmon, Bbq, Naked pizza, Seafood dan banyak lagi di Naked Restaurant & Bar di Hartamas, Kuala Lumpur.




Jika anda berada di sekitar Kuala Lumpur jangan lupa singgah ke Naked Restaurant & Bar di Hartamas, Kuala Lumpur. Apa yang menarik Naked Restaurant & Bar ini mempunya menu makanan tengahari untuk anda seperti nasi gorang kampung yang popular. Naked Restaurant & Bar mempunyai chef yang kesemuanya muslim dan berpengalaman dalam penghasilan pizza dan makanan yang menarik dan lazat.





Naked Restaurant & Bar dengan hiasan dalaman yang menarik seperti berada di luar negara dan pasti tertarik dengan deko santai untuk anda sama ada lepak di luar atau di bahagian dalam. Pengunjung juga boleh menempah ruangan di atas jika datang dalam kumpulan yang ramai.



Nikmati pizza Naked Restaurant & Bar yang dihasilkan sendiri daripada menguli adunan tepung sehingga kepada penghasilan sos tomato dan bahan segar di atas pizza yang terbaik.



Naked Restaurant & Bar antara pizza menarik yang kami cuba yang mempunyai bahan-bahan terbaik satu dunia, dari penghasilan dough, tomato sos, marinate dengan rempah, bahan-bahan segar dan pelbagai jenis keju.



Kami kongsikan gambar-gambar menarik pizza yang kami nikmati dan harga bagi setiap pizza. Pasti anda kena terjah dan rasai sendiri jika datang ke sini.


Rm 42 Fruitti de Mare Pizza.
* Recommended. Mixed seafood topped with rocket salad.


Rm 36 Pepperoni Beef pizza
 peperoni and oregano.


Rm 45 Naked House Pizza
Roasted Cajun chicken breast, pickled jalapeno, onions and mushrooms.


Rm 36 Salmon
Salmon, capers and topped with arugula.


RM 40 Smoked Barbeque Chicken Pizza.
( New ) Smoked chicken breast, pineapple, red onion, capsicum and BBQ sauce.



Kesemua pizza di masak dengan kepingan nipis roti garing dengan tomato sos dan mozzarella memang mantap !

Pertama kali kami mencuba Beef welington yang sedap dan istimewa dengan isi daging yang cukup lembut di dalamnya. Kami sarankan anda mencuba beef Welington ini.


RM 75 Beef welington

Kepada peminat ayam pula anda pasti terkesan dengan hidangan ayam goreng yang membuatkan anda menikmati kepedasan sos mereka yang lazat. Pilihan menarik untuk anda mencuba.


Rm 26 Hot wing.

Jika inginkan suasana menarik kunjungi ketika ada perlawanan bolasepak kerana mereka mempunya skrin layar besar untuk anda serta kawan-kawan menonton bersama. Pasti akan ke sini lagi untuk menikmati lagi menu-menu menarik.

Alamat:
Naked Restaurant & Bar di Hartamas, Kuala Lumpur
E.0.1 & E.1.2 Plaza Damas, Jalan Sri Hartamas 1, Taman Sri Hartamas
Kuala Lumpur, Malaysia 50480

Malaysia Tatler.
Best Restaurants 2015

Untuk info terkini layari :
Laman web : www.nakedrestaurantkl.com
Facebook : https://www.facebook.com/NKDRestaurantKL/
Instagram : https://www.instagram.com/nakedrestaurantkl/