Terkini | New

SAMBUTAN MAJLIS PEMBUKAAN MUTIARA FIGS KE-3 SHAH ALAM.

Teringin nak makan buah fiq? Buat tin?

Antara produk terbaharu keluaran Mutiara fiqs adalah "Rospberry Fig" dan Walnut Jam". Kini produk yang berada di pasaran ialah Sambal Hijau Fig, Sambal Merah Fig, Sambal Bilis Fig dan juga teh buah Tin. Jadi yang berminat boleh layari fb mereka di @Mutiarafiqs https://www.facebook.com/mutiarafigsgarden/



Mutiara Figs Sdn. Bhd. diasaskan oleh seorang arkitek Mohd Hilmi Yusoff (65), dan keluarganya pada tahun 2017. Pada awalnya, Mohd Hilmi dan isteri Faridah Hasni Ramli (65), serta tiga orang anaknya yang juga arkitek menanam buah Tin (Fig) di belakang rumah mereka sebagai hobi.





Menyedari kebaikan buah Tin dan manfaatnya, keluarga arkitek ini menjadikan hobi tersebut sebagai satu perniagaan yang berasaskan pertanian.







Menurut Pengarah Mutiara Figs Sdn.Bhd., Aliyaa Suraiya Mohd Hilmi menegaskan syarikatnya serius membangunkan ladang buah Tin berkenaan.









Pembina rumah hijau di keluasan tanah dua ekar ini bagi menempatkan hampir 3,000 pokok buah Tin. Sebuah rumah hijau mampu menempatkan 750 pokok buah Tin. Buah Tin atau nama saintifiknya Ficus Carica ditanam di rumah hijau bagi mengawal dan menggalakkan pertumbuhan tanaman di dalamnya.


Idea di sebalik perniagaan ini adalah untuk mendidik masyarakat tentang kebaikan buah Tin segar yang mempunyai khasiat tersendiri dari sudut kesihatan.

Antara produk terbaharu keluaran Mutiara fiqs adalah "Rospberry Fig" dan Walnut Jam". Kini produk yang berada di pasaran ialah Sambal Hijau Fig, Sambal Merah Fig, Sambal Bilis Fig dan juga teh buah Tin.



Kajian terkini menunjukkan bahawa buah Tin boleh membantu merawat pelbagai masalah perubatan, dari kencing manis hingga ekzema. Buah Tin kaya dengan serat, kalium, kalsium dan zat besi. la juga boleh membantu menurunkan kolesterol dan mengawal paras gula dalam darah.





Pihak Mutiara Figs telah bekerjasama dengan Universiti UCSI, Universiti Sains Malaysia (USM) dan Universiti Malaysia Terengganu (UMT) melalui kajian penyelidikan terhadap buah Tin dan kegunaan daunnya.





Aliyaa Suraiya merupakan antara usahawan Bumiputera yang berjaya terpilih menerima geran sebanyak RM500,000 melalui Skim Permulaan Usahawan Bumiputera (SUPERB) oleh Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU).

 Geran ini merupakan antara geran yang terbesar yang pernah ditawarkan untuk membantu merangsang bakat Bumiputera dalam usaha mengembangkan perniagaan mereka.


"Alhamdulillah, saya berterima kasih kepada pihak TERAJU yang membantu dari segi kewangan untuk kami menjalankan perniagaan buah Tin. Dengan bantuan geran itu, kami telah membina ibu pejabat berhampiran ladang di Seksyen 30, Shah Alam.

Saya berharap dengan majlis pembukaan Mutiara Figs Sdn.Bhd. yang ketiga tahun ini dapat membuka peluang dengan lebih luas lagi kepada sesiapa sahaja yang berminat untuk menjalin kerjasama dengan syarikat kami.





Insentif dan galakan yang diberikan oleh TERAJU untuk memajukan ekonomi Bumiputera perlu dilihat sebagai satu usaha yang positif dan dapat meningkatkan ekonomi negara secara keseluruhan.




Pada majlis ini turut diserikan dengan kehadiran Ketua Pegawai Eksekutif TERAJU, Md Silmi Abd Rahman, rakan pembekal, rakan penaja, ahli lembaga pengarah Mutiara Figs dan rakan media.

Untuk maklumat lanjut sila layari laman web dan laman sodial mereka :
Website : www.mutiarafigs.com
Facebook : @Mutirafigsgarden
Instagram : Mutiarafigs
Tel : +600176536977
Email : Hello@mutiarafigs.com.my