Terkini | New

MAJLIS PELANCARAN JERSI BAHARU PASUKAN RAGBI KEBANGSAAN AL IKHSAN x MALAYSIA RUGBY

Kesatuan Ragbi Malaysia dengan kerjasama Al-Ikhsan pada hari ini telah melancarkan jersi baharu pasukan ragbi kebangsaan menerusi jenama AL Sports. Kerjasama di antara AL Ikhsan dengan Kesatuan Ragbi Malaysia yang telah terjalin sejak pelancaran kali pertama pada 2019 merupakan satu kejayaan bagi kedua - dua pihak dalam membangunankan produk berprestasi tinggi serta kualiti terbaik di peringkat elit persukanan.



Jersi edisi terbaru ini akan digunakan buat pertama kalinya oleh pasukan ragbi lelaki dan wanita kebangsaan atau dikenali dengan gelaran Bunga Raya 7’s di Kejohanan Asia Rugby Sevens Series 2021 yang juga merupakan aksi kelayakan Piala Dunia Ragbi 7 Sebelah Afrika Selatan 2022 pada 19 dan 20 November 2021 di Dubai, Emeriah Arab Bersatu (UAE).



Jersi selaku tuan rumah akan mengekalkan warna merah yang melambangkan keberanian dan semangat juang yang tinggi. Manakala jersi selaku pasukan pelawat pula buat pertama kalinya putih merupakan warna pilihan dalam memberi kelainan kepada penampilan skuad Bunga Raya kali ini.



Selain daripada kit hari perlawanan, AL Sports juga akan menyediakan pakaian latihan dan kit luar padang untuk pasukan. Tidak melupakan peminat dan penyokong setia, terdapat juga rangkaian produk untuk peminat lelaki dan wanita. 



Pengalaman luas jenama ini merentasi pelbagai sukan dan pendekatannya yang merintis untuk membangunkan kit, serta ujian yang ketat telah memastikan AL Sports telah bersedia untuk sukan ragbi. Dengan proses ujian yang menyeluruh, AL Sports telah memastikan kit Ragbi Malaysia memenuhi permintaan unik di zaman moden.

Vach Pillutla, Ketua Pegawai Eksekutif Al-Ikhsan Sports menyatakan,” AlIkhsan Sports sentiasa berusaha untuk menyokong ahli sukan dan atlet Malaysia dan membantu mereka dengan barangan bertaraf antarabangsa. Kami percaya kerjasama dengan Kesatuan Ragbi Malaysia ini adalah satu cadangan yang baik untuk kedua dua pihak kerana pemain dan peminat Ragbi Malaysia boleh memakai barangan berkualiti tinggi, di samping itu jenama AL dapat dilihat dan diiktiraf di pentas global setanding dengan beberapa jenama sukan global yang terkenal. Kami akan melancarkannya di kedai Al-Ikhsan Sports yang terpilih di seluruh negara dan juga boleh didapati di www.alikhsan.com ”

 



Anwar Mamtaj, Pengurus Jenama – AL Sports, mengulas: “Kami sangat teruja untuk akhirnya memperkenalkan kit Ragbi Malaysia yang baharu. Kami tahu betapa bermaknanya baju ini kepada pemain dan peminat.Tuntutan ragbi moden bermakna kit kami perlu bersedia untuk cabaran, jadi kami amat berbangga dalam mencurahkan semua pengalaman kami ke dalam pembangunan dan ujian kesemua produk kami. Kami bekerja dengan pemain dan pasukan elit di bahagian paling tinggi sukan ini .AL Sports mempunyai sejarah yang sukar ditandingi dalam ragbi, membolehkan kami membawa banyak pengetahuan ke dalam pengeluaran kit ragbi di peringkat elit.”

 

Presiden Kesatuan Ragbi Malaysia, Dato, Shahrul Zaman bin Yahya dan barisan exco mengucapkan ribuan terima kasih di atas kerjasama yang dimeterai di antara kedua – dua pihak dan berharap persefahaman ini akan diteruskan pada masa akan datang.





Kesemua produk boleh didapati bermula 9 November 2021. Harga rangkaian produk bermula dari RM 19.00 sehingga RM 179.00 dan boleh didapati di kedai Al-Ikhsan Sports terpilih dan dalam talian di https://www.alikhsan.com/ dan https://www.alsports.com.my

Untuk maklumat lanjut sila ikuti laman media sosial @alsports.sb dan @malaysiarugbyunion di Facebook, Instagram dan Twitter.