Bukan Sekadar Murah – Galaxy A03 Kini Boleh Didapati di Malaysia!

Januari 23, 2022

 Bukan Sekadar Murah – Galaxy A03 Kini Boleh Didapati di Malaysia!

Tingkatkan kehidupan harian anda dengan Paparan infinity-V 6.5” HD+ Infinity-V, kamera resolusi tinggi, battery berkuasa tinggi dan pemproses Octa-Core yang hebat.




Samsung Malaysia Electronics mengumumkan tambahan terbaru kepada keluarga Galaxy-nya: Samsung Galaxy A03. Telefon pintar kelas permulaan ini bukan sahaja mampu dimiliki tetapi juga dipadankan dengan ciri-ciri yang menakjubkan bagi anda. Ia dilengkapi dengan kamera utama 48MP yang menakjubkan, bateri 5,000mAh yang boleh bertahan dengan lama, dan pemproses Octa-Core yang baharu – sesuai untuk mana-mana pengguna yang mencari peranti yang mudah dan berkuasa.

Dua Lebih Baik Daripada Satu – Kamera Dual Yang Tidak Mengecewakan

Tidak lagi menjadi sesuatu yang luar biasa bahawa sebuah telefon pintar mempunyai kamera kerana peranan yang dimainkan olehnya. Sama ada untuk mencipta kenangan, untuk belajar atau untuk berkomunikasi dengan orang yang disayangi, dengan adanya kamera, ia akan membuat pengalaman anda lebih indah - lebih baik apabila ia menghasilkan foto resolusi tinggi! Galaxy A03 membolehkan pengguna menangkap gambar yang menakjubkan pada bila-bila masa dengan kamera utama 48MP F1.8 yang memberikan anda hasil yang jelas.

Kamera Kedalaman 2MP F2.4 pula membolehkan pengguna mengambil gambar potret dengan latar belakang kabur semula jadi yang boleh diubahsuai dengan Portrait Mode. Jika anda gemar mengambil selfie, peranti ini tidak kurang daripada sempurna. Ambil selfie yang menakjubkan dengan kamera depan 5MP F2.2! Ia hebat kerana ia juga dilengkapi dengan pelbagai filter. Selain itu, ia juga datang dengan pelbagai efek untuk pengguna yang ingin menghasilkan gambar yang lebih kreatif. Aperture F2.2 yang rendah juga memberikan kabur semula jadi di latar belakang subjek anda.

Bateri dan Pemproses Berkuasa untuk Hari Yang Lebih Produktif

Ia tidak dapat menjadi lebih mudah daripada ini - bateri 5,000mAh1 yang kuat adalah sempurna bagi sesiapa sahaja yang sibuk. Sama ada anda seorang pelajar dengan jadual pelajaran dalam talian yang padat atau seorang eksekutif muda, peranti ini tidak akan mengecewakan anda2

Dilengkapi dengan pengecasan 7.75W, ini akan membawa anda kembali ke rutin harian anda dengan cepat. Selain itu, One UI Core 3.1 yang lancar bukan sahaja membolehkan anda menjalankan pelbagai tugas pada satu masa dan berulang-alik antara aplikasi yang berbeza dengan cepat, pemproses Octa-Core juga dapat menangani program berat dengan pantas dan latensi yang rendah. 

Jangan bimbang tentang ruang di dalam peranti anda juga, sama ada anda memilih RAM 3GB dengan storan dalaman 32GB atau RAM 4GB dengan storan dalaman 64GB, anda boleh meningkat storan dalaman dengan slot microSD sehingga 1TB3 untuk menyimpan lebih banyak dokumen dan gambar pada bila-bila masa sahaja.



 Tingkatkan Pengalaman Tontonan dengan Paparan Besar

Ianya sangat menguntungkan apabila anda diberkati dengan paparan yang besar – ia sangat berguna untuk mana-mana pengguna untuk melaksanakan tugas harian mereka. Sama ada anda menggunakannya untuk menghadiri kuliah dalam talian, membaca dokumen, menatal melalui suapan media sosial atau membuat panggilan video bersama rakan-rakan, paparan 6.5" Infinity-V yang besar dengan skrin HD+ akan memberikan anda pengalaman yang mengasyikkan. 

Untuk peminat filem, ini akan memberi anda tayangan yang jelas dan bersemangat bagi filem dan siri kegemaran anda. Permainan (gaming) juga lebih menyeronokkan! Dengan Dark Mode, pengguna boleh mengurangkan ketegangan mata pada waktu malam dan mengurangkan penggunaan bateri untuk pengalaman yang lebih selesa dan cermat. 

Galaxy A03 datang dengan tiga warna klasik – Black, Blue dan Red – bersama kemasan Glasstic yang mempunyai corak halus untuk cengkaman yang lebih selesa. Harga runcit disyorkan bagi peranti yang dilengkapi dengan RAM 3GB dan storan dalaman 32GB adalah RM469 manakala peranti yang dilengkapi dengan RAM 4GB dan storan dalaman 64GB adalah RM549.

Untuk maklumat lebih lanjut, sila layari: https://www.samsung.com/my/smartphones/galaxy-a/galaxy-a03-black-32gb-sm-a035fzkdxme

You Might Also Like

0 comments