NORANIZA IDRIS RAIKAN 100 ANAK-ANAK ASNAF DAN USAHAWAN IKS DI MAJLIS IFTAR AMAL IHYA’ RAMADAN 2022

April 22, 2022



Dalam kesibukan kerjaya sebagai artis, Ratu Etnik Irama Malaysia , Noraniza Idris masih sempat memikirkan aktiviti tanggung jawab sosial bersama masyarakat. Noraniza Idris berkata ‘’Setahun sekali kita menyambut bulan Ramadan yang mulia dan setelah 2 tahun menghadapi pandemik global dan berakhir pada 1 April lalu, tidak melepaskan peluang keemasan ini untuk meraikan Ramadan yang mulia bersama golongan kurang bernasib baik’’.

Seramai 100 orang anak-anak asnaf dari SK Puchong Utama telah disenaraikan dalam penyampaian sumbangan yang berlangsung pada 23 April 2022, hari Sabtu bermula 9.30 malam - 11.20malam di Dataran Putrajaya. Acara selama 2 jam ini akan dihidangkan dengan persembahan nyanyian lagu Hari Raya oleh artis seperti Noraniza Idris, Ihab Ismail, Azmir Arif , Zul Arif dan Khairul Hamdi.

Acara ini adalah anjuran Bersama Noraniza Idris production Ventures Sdn Bhd , PIBG SK. Puchong Utama dan juga Musolla AR- Raudhah . Acara ini juga akan menggerakkan Program Corporat Social Responsibility (C.S.R) kepada usahawan Industri Kecil Sederhana (IKS) dengan membantu menyediakan platform jualan dan promosi untuk usahawan terlibat . Setiap usahawan berpeluang memperkenalkan produk menerusi khidmat kongsi rezeki dengan hanya menghantar produk mereka yang akan dijual dan dipromosikan di sepanjang Ramadan ini.

Berkat dari usaha ini, Noraniza Idris juga telah mengambil peluang untuk memperkenalkan produk makanan tradisional pertamanya iaitu Che Ani Produk Premium berasaskan Muruku yang telah mula dipasarkan bermula 1 April lalu. ‘’Sepanjang diperkenalkan secara kecil-kecilan, produk Muruku premium Che Ani telah mendapat sambutan yang sangat memberangsangkan. Ramai penggemar muruku berminat menjadi wakil jualan atau ejen seiring dengan kempen 1 Ejen : 1 Daerah yang Kak Ani perkenalkan’’ – Kata Noraniza Idris .


Seiring dengan itu, Noraniza Idris turut mempelawa usahawan-usahawan Industri Kecil Sederhana yang telah bersama-sama turun padang mempromosikan produk jualan mereka di booth Che Ani untuk berbuka puasa secara santai sebagai sebuah keluarga. Peluang berhimpun dalam sebuah program amal ini telah lama dinanti-nantikan. 


Pandemik global yang melanda dunia banyak memotivasikan Noraniza Idris untuk terus memandang dari sudut positif dengan mempelajari sistem perniagaan secara dalam talian selain menjalankannya secara fizikal. Aktiviti ini akan diteruskan selepas Hari Raya nanti untuk jangka panjang dalam Siri Jelajah Akar Kita Zapin 2022 yang akan bermula di Zon Utara pada 20-22 Mei 2022 di AEON Mall Bukit Mertajam Pulau Pinang.

Mengulas tentang single rakaman hari raya , Noraniza Idris berkata beliau tidak mempunyai single raya terbaru untuk tahun ini namun pernah muncul rakaman semula lagu raya ‘Cinta Lebaran ‘ nyanyian Noraniza Idris , Ihab Ismail dan Azmir Ariff yang diedarkan secara digital di bawah Luncai Emas Sdn Bhd pada tahun 2021 lepas. Mengajak semua peminat untuk dengarkannya di saluran youtube Luncai Emas . Selepas Ramadan ini , beliau dikatakan akan fokus aktiviti rakaman single terbaharu setelah single Intan Payung (duet Bersama Bunga) selesai kontrak promosi. 

Single terbaharu ini dijangka akan melibatkan seorang artis undangan yang akan diumumkan tidak lama lagi. ‘’Struktur melodi ini sememangnya sangat sesuai dengan konsep dan vocal artis ini untuk berkolaborasi bersama Kak Ani. Pihak Kak Ani akan membincangkannya dengan Luncai Emas sebagai penerbit bersama’’.

You Might Also Like

0 comments