Terkini | New

Program Iftar @ KL Menerima Sambutan Yang Cukup Meriah

Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) melalui agensinya Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) kembali lagi menganjurkan Iftar @ KL setelah dua (2) tahun pelaksanaannya ditangguhkan disebabkan pandemik COVID-19.

Pada tahun ini Iftar @ KL dilaksanakan pada 16, 17 dan 23 April 2022 bertempat di Jalan Raja, Dataran Merdeka Kuala Lumpur. Program ini oleh YB Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya


YB Dato' Sri Hajah Nancy Shukri, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya meluangkan masa beramah mesra bersama Keluarga Malaysia yang datang untuk memeriahkan program/aktiviti yang berlangsung sepanjang hari. Hadir sama dalam program ini ialah YB Dato' Seri Dr. Shahidan Bin Kassim, Menteri Wilayah Persekutuan, YBhg. Datuk Seri Haji Mahadi bin Che Ngah, Datuk Bandar Kuala Lumpur dan Pengurusan Tertinggi MOTAC. Menurut YB. Dato' Sri Hajah Nancy, pelaksanaan program pada tahun ini merupakan penganjuran kali kesepuluh (10) oleh JKKN yang telah bermula sejak tahun 2012. Uniknya Iftar@KL ini adalah, ia berkonsepkan


Tradisi berbuka puasa secara duduk bersila beralaskan tikar dan turut dihadiri oleh pengunjung termasuk pelancong asing. Penganjuran Iftar@KL ini juga telah mendapat kerjasama daripada beberapa rakan strategik iaitu; Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dan Persatuan Seni Budaya Putra serta disokong oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).


Manakala rakan penganjur dalam pelaksanaan Iftar@KL pada tahun ini ialah Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), Pusat Pungutan Zakat (PPZ), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Kuala Lumpur Food Truck Entrepreneurs Association dan Masjid Jamek Kampong Bharu. 



Program ini juga turut mendapat tajaan daripada F&N 100 Plus, ADABI, FGV Agro Fresh Gogopasar, Hotel Zamburger, Naurah Care Malaysia, Cosmo Hotel dan Zam Holiday Sdn Bhd. diadakan adalah untuk mengimarah dan Tujuan program ini memakmurkan Ramadan sebagai bulan ibadah dan keprihatinan sesama insan melalui pengisian aktiviti, merapatkan dan mengeratkan silaturrahim serta toleransi antara kaum menerusi program dan aktiviti bagi menyemarakkan kebudayaan dan kesenian Islam kepada pelancong tempatan dan antarabangsa menerusi Program Pelancongan Budaya (Culture Tourism).


Antara pengisian sempena program ini adalah seperti Majlis Berbuka Puasa, Penyediaan dan Pengagihan Bubur Lambuk, Solat Berjemaah, Tadarus Al-Quran oleh 80 orang pelajar Tahfiz sekitar Lembah Klang, Tazkirah Ramadan oleh Ustaz Adnin Roslan, Bicara Ramadan oleh Ustaz Haslin Bollywood, Persembahan Nasyid oleh Kumpulan Rabbani, Kaunter Sumbangan, Kaunter Zakat, Sukarelawan dan Jualan Makanan oleh 30 unit Food Truck.




"MOTAC turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada rakan strategik dari Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dan Persatuan Seni Budaya Putra juga sokongan daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) serta semua rakan penganjur dan rakan penaja yang terlibat. Sungguhpun pelaksanaan aktiviti fizikal telah dibenarkan, namun kita masih belum menang untuk melawan virus COVID-19. Justeru itu saya ingin menegaskan agar kita bersama-sama mematuhi SOP yang telah ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara. Semoga gandingan dan kerjasama sebegini akan berterusan dimasa akan datang" ujar YB Dato' Sri Hajah Nancy.


\




Bagi mendapatkan maklumat dan keterangan lanjut mengenai program ini, orang ramai boleh melayari laman sesawang JKKN di www.jkkn.gov.my atau layari facebook JKKN melalui pautan www.facebook.com/mysenibudaya.