Terkini | New

Majlis Pelancaran Kerusi Urut GINTELL S7 Plus, 2 nd Gen. 8-Hands Wellness Chair

Majlis Pelancaran Kerusi Urut GINTELL S7 Plus, 2 nd Gen. 8-Hands Wellness Chair


GINTELL menandakan satu lagi peristiwa yang menggembirakan bagi rangkaian perniagaan penjagaan kesihatan dan kecergasan terbesar di Asia Tenggara Dan Malaysia telah merasmikan pelancaran kerusi urut Siri Wellness Chair iaitu GINTELL S7 Plus, 2nd Gen. 8-Hands Wellness Chair di LG, Orange Concourse, Sunway Pyramid.



Ia merupakan kerusi urut yang pertama di pasaran yang memiliki fungsi “178° L-Flex Track” dengan 2nd Gen. 8-D Twin Rollers serupa dengan 4 tukang urut mengurut bahagian atas dan bawah belakang serentak yang memfokuskan pada bahu, belakang atas, belakang bawah, pinggang dan punggung.



Majlis dimulakan dengan persembahan tarian singa dan pengenalan produk GINTELL, iaitu GINTELL S7 Plus, 2nd Gen. 8-Hands Wellness Chair kepada para tetamu dan pengunjung. GINTELL S7 merupakan kerusi urut pertama yang mempunyai “178° L-Flex Track”. Trek urutan ini amat fleksibel dalam peregangan badan di bahagian bahu, belakang, pinggang dan punggung. Tambahan pula, bila fungsi regangan diaktifkan, pengguna dapat merasakan setiap inci otot dan sendi mereka diregangkan. Majlis kemudian diteruskan dengan jemputan Simon Yam, artis antarabangsa dan duta GINTELL di atas pentas.



Antara aktiviti yang menjadi tarikkan adalah perkongsian testimoni oleh Simon Yam, diikuti dengan merasmikan pelancaran besar kerusi urut Siri Kesejahteraan GINTELL S7 Plus, 2 nd Gen. 8-Hands Wellness Chair Bersama pengarah pengurusan GINTELL, Dato’ Cheh Yak. Selaim itu, permainan mini dan sesi bertemu & sapa dengan peminat Simon Yam turu diadakan. 5 pemenang daripada peraduan Snap & Win GINTELL serta 10 pemenang bertuah daripada peraduan radio 988 juga dipilih untuk bergambar bersama Simon Yam.



Tetamu yang hadir adalah duta GINTELL; Amber Chia, dan Simon Yam bersama pengurusan GINTELL, pihak pengurusan Sunway Pyramid dan juga pihak media.

Selain itu, “roadshow” GINTELL juga berlangsung dari 7 November 2023 – 19 November 2023, 10pagi-10malam. Antara produk yang dipamerkan ialah kerusi urut, mesin larian dan lain-lain.



Latar Belakang GINTELL

Ditubuhkan sejak tahun 1996, GINTELL telah berkembang dengan jayanya dan menjadi antara yang terbaik dalam industri penjagaan kesihatan dan kecergasan. Kini, GINTELL (M) SDN. BHD lebih 117 cawangan bilik pameran dibuka di seluruh Malaysia. GINTELL diiktiraf oleh Malaysia Book of Records sebagai Rangkaian Produk Penjagaan Kesihatan & Kecergasan terbesar di Malaysia sejak tahun 2015. Pada tahun 2021, GINTELL juga disahkan dua kali oleh Malaysia Book of Records untuk jualan kerusi urut & mesin larian yang terbanyak. Matlamat utama GINTELL adalah untuk menitikberatkan penjagaan kesihatan & kecergasan melalui produk mereka iaitu selaras dengan cogan kata “Health, Love, Life” misi mereka iaitu “1 RUMAH, 1 GINTELL”.



GINTELL S7 Plus, 2nd Gen. 8-Hands Wellness Chair GINTELL S7 Plus, 2nd Gen. 8-Hands Wellness Chair merupakan siri terbaharu Wellness Chair dan ia adalah kerusi urut pertama di pasaran yang mempunyai Generasi Ke–2 Roda Urut 8D. Roda urut ini dibahagikan kepada dua iaitu pada bahagian atas badan (bahu & leher) dan bahagian bawah (pinggang & punggung) untuk melegakan seluruh badan. Urutannya seperti 4 tukang urut sedang mengurut seluruh badan pada masa yang sama. Urutan Generasi Ke-2 roda urut 8D ini direka khas melalui program auto untuk membantu mengurangkan tekanan mental, mengurangkan sakit otot dan kekakuan otot.

Sempena pelancaran GINTELL S7 Plus, 8-Hands Wellness Chair, GINTELL menawarkan promosi khas. Tawaran hanya sah untuk masa terhad sahaja pada RM18,988 dengan hadiah percuma bernilai RM8,988. Secara amnya, harga jualan di pasaran ialah RM33,988. Dengan setiap pembelian GINTELL S7Plus, pengguna akan menerima pelan Program Kesihatan 8 Hari secara percuma untuk membantu anda memulakan perjalanan ke arah kehidupan yang sihat.

Untuk pertanyaan lanjut atau pra-pesanan, sila hubungi +60124046033 atau layari www.gintell.com atau lawati bilik pameran GINTELL terdekat.