Majlis Pelancaran THE ORCHID JOURNEY Dalam Misi Mencari Makna Keseimbangan Hidup Wanita Masa Kini
Majlis Pelancaran THE ORCHID JOURNEY Dalam Misi Mencari Makna Keseimbangan Hidup Wanita Masa Kini
The Orchid Journey, terbitan Skyhill Clinic merupakan sebuah siri travelog inspirasi yang mempertemukan tiga tokoh wanita berpengaruh Malaysia Dr. Linda Mat Hassin, doktor perubatan yang terlatih dalam bidang perawatan hormon dan wanita; Datuk Dr. Ustazah Norhafizah Musa, Guru Kerohanian dan Personaliti Dakwah; serta Datuk Dr. Faridah Hanim Haron, Guru Kepimpinan dan Pembangunan Organisasi.


Menelusuri bumi Tokyo dan Bandung, siri ini membawa penonton mengikuti perjalanan penuh makna tiga figura ini dalam misi mencari keseimbangan hidup wanita masa kini keseimbangan antara tuntutan dunia moden dan keperluan jiwa yang mendambakan ketenangan serta makna.



Siri ini bukan sekadar sebuah dokumentasi pelancongan, tetapi satu pencarian ilmu, kekuatan dalaman dan nilai spiritual dalam dunia moden yang serba pantas dan mencabar. Dalam setiap episod, penonton akan dihidangkan dengan perbincangan dan refleksi mendalam tentang kepimpinan wanita, tekanan hidup, keseimbangan hormon, kesihatan mental dan emosi, serta peranan Muslimah dalam kerjaya dan keluarga.

“Wanita hari ini hidup di antara dua dunia satu dunia yang menuntut produktiviti dan prestasi, dan satu lagi dunia jiwa dalaman yang mendambakan ketenangan dan makna. The Orchid Journey adalah jambatan antara keduanya,” ujar Dr. Linda Mat Hassin, penerbit eksekutif dan penggerak utama siri ini.


Setiap episod berdurasi 20 hingga 25 minit ini bukan sekadar menghiburkan, malah mengajak penonton merenung kembali nilai diri, kesihatan dan hubungan dengan Tuhan. Siri ini turut menampilkan visual sinematografi berkualiti tinggi yang memukau serta dialog yang jujur dan menyentuh jiwa menjadikan The Orchid Journey sebagai sebuah karya yang berbeza dan sarat nilai.
Siri ini turut menampilkan visual sinematografi berkualiti tinggi yang memukau serta dialog yang jujur dan menyentuh jiwa menjadikan The Orchid Journey sebagai sebuah karya yang berbeza dan sarat nilai.
The Orchid Journey turut dibawakan dengan sokongan penuh daripada para penaja rasmi yang memainkan peranan penting dalam menjayakan penerbitan siri ini. Skyhill Clinic selaku Penaja Utama menjadi nadi utama projek ini, disertai oleh Siti Khadijah sebagai Rakan Rasmi Busana Muslimah, AMPAC sebagai Rakan Latihan Rasmi, MedikGO sebagai Rakan Portal Kesihatan Rasmi, Linheal sebagai Rakan Suplemen Halal, Casalwa sebagai Rakan Butik Rasmi, serta Brainy Bunch sebagai Rakan Pendidikan Awal Kanak Kanak. Kesemua rakan penaja ini bergabung tenaga bagi memperkukuh nilai, mesej dan misi The Orchid Journey dalam usaha memperkasakan wanita dari aspek kesihatan, spiritual dan kepimpinan.


Dalam sidang media hari ini, turut diumumkan bahawa Datuk Dr. Ustazah Norhafizah Musa dilantik secara rasmi sebagai Ikon Syariah Skyhill Clinic, manakala Datuk Dr. Faridah Hanim Haron dilantik sebagai Penasihat Korporat Skyhill Clinic, sebagai simbol kolaborasi ilmu, nilai dan profesionalisme dalam memperkukuh misi Skyhill Clinic untuk memperkasakan wanita dari aspek kesihatan, kerohanian dan kepimpinan.
Tentang The Orchid Journey
The Orchid Journey ialah sebuah siri travelog inspirasi terbitan Skyhill Clinic yang menampilkan 10 episod pengembaraan di Tokyo dan 10 episod di Bandung. Siri ini akan mula ditayangkan secara rasmi pada 5 Januari 2026 di saluran YouTube Skyhill Clinic.
Untuk maklumat lanjut sila layari www.skyhillclinic.com
