Terkini | New

Midea Cipta Rekod Malaysia dengan Pelancaran Serentak 18 Kedai Jenama Midea Pertama di Seluruh Negara

Midea Cipta Rekod Malaysia dengan Pelancaran Serentak 18 Kedai Jenama Midea Pertama di Seluruh Negara Dan Menampilkan Masa Depan Kehidupan Rumah Pintar dengan Pengenalan Siri SMART MASTER

Midea memasuki Buku Rekod Malaysia dengan pelancaran serentak 18 kedai jenama Midea di seluruh negara, menandakan pencapaian pertama seumpamanya setakat ini.
●Rangkaian runcit tersebut bakal mempertingkatkan pengalaman pelanggan dengan ketersampaian yang diperluaskan, penglibatan pengguna secara langsung dalam kedai dan sokongan pasca jualan yang dipertingkatkan.
●Siri SMART MASTER baharu menampilkan peralatan rumah berkuasa AI dan didayakan IoT yang direka untuk memperkasakan ekosistem rumah pintar yang terhubung.
●Memperkukuhkan kehadiran pasaran dengan pertumbuhan seluruh negara yang dipercepatkan, meluaskan ketersampaian penyelesaian rumah pintar Midea di seluruh Malaysia.


Midea Malaysia telah diiktiraf oleh Buku Rekod Malaysia bagi pelancaran serentak 18 kedai jenama Midea di seluruh negara, pelancaran kebangsaan pertama seumpamanya yang diakui sebagai "Pelancaran Kedai Peralatan Elektrik Terbanyak Dalam Satu Acara".

Pelancaran di seluruh negara ini merangkumi 15 kedai jenama Midea baharu, 2 Midea Pro-Shops baharu dan 1 ruang pameran di Kuala Lumpur yang dihiasi papan tanda yang diperbaharui, dengan kesemuanya menyumbang kepada pencapaian rekod ini. Acara ini menggariskan pertumbuhan pantas Midea di Malaysia dimana kehadiran runcit fizikalnya berkembang serentak kepada 18 kedai dalam satu pelancaran.



"Pelancaran 18 kedai jenama kami secara serentak bukan sekadar pengembangan kehadiran kami di Malaysia sahaja ia langsung mengubah cara pelanggan berinteraksi dengan Midea. Dengan titik sentuh pelanggan di seluruh negara, rakyat Malaysia kini boleh mencuba penyelesaian rumah pintar kami secara langsung, berunding dengan pakar kami dan menerima sokongan pasca jualan yang lebih teliti. Pelancaran di seluruh negara ini mencerminkan momentum kukuh yang telah kami bina sejak dari beberapa tahun lalu dan menempatkan Midea untuk bersaing dengan lebih berkesan dalam pasaran perkakas rumah yang pesat berkembang di Malaysia. Ia juga mengukuhkan kepercayaan dan kemudahan kepada pengguna selaras dengan sasaran kami menjadi rakan kongsi rumah pintar pilihan Malaysia," kata Mark Tam, Pengarah Urusan Midea Malaysia.



“Pada masa yang sama, kami juga berbangga memperkenalkan siri SMART MASTER yang mencerminkan visi kami untuk membawa teknologi pintar yang berpusatkan pengguna ke dalam kediaman Malaysia. Dengan menggabungkan ciri-ciri berkuasa AI dengan kehadiran runcit yang semakin berkembang, kami percaya ia akan memberikan pengalaman yang lebih lancar, terhubung dan mudah untuk semua pelanggan kami.”

Pengiktirafan Buku Rekod Malaysia untuk Pelancaran Serentak Seluruh Negara Dianjurkan serentak di seluruh Malaysia, acara yang diiktiraf oleh Buku Rekod Malaysia ini menampilkan kira detik pelancaran di seluruh negara, di mana kesemua 18 kedai merasmikan papan tanda hadapan kedai pada masa yang sama. Perasmian papan tanda tersebut disiarkan secara langsung di semua lokasi serta di laman Facebook Midea Malaysia, melambangkan perpaduan rangkaian runcit Midea yang semakin berkembang.



Acara pelancaran tersebut dibuka dengan pengenalan kepada kesemua 18 pemilik kedai jenama, diikuti dengan pembentangan video yang memaparkan pratonton siri SMART MASTER baharu Midea. Mark Tam kemudian menyampaikan ucapan diikuti dengan penyerahan plak kepada 17 kedai jenama yang terletak di luar Kuala Lumpur. Majlis tersebut turut diserikan oleh wakil Buku Rekod Malaysia yang menyampaikan sijil sebagai pengiktirafan terhadap pencapaian itu.



Memperkenalkan siri SMART MASTER: Teknologi Berasaskan AI Direka untuk Kehidupan Moden

Midea turut memperkenalkan siri produk SMART MASTER ke pasaran Malaysia, memberikan para hadirin peluang pertama untuk melihat bagaimana jenama tersebut meningkatkan pengalaman rumah terhubung dengan rangkaian penyelesaian terbaharunya.
SMART MASTER merangkumi pelbagai teknologi pintar merentasi rangkaian perkakas Midea yang direka untuk memahami dan bertindak balas melaraskan diri secara bijak melalui teknologi AI dan sensor pintar mengikut keperluan pengguna.






Bagi melengkapkan pameran SMART MASTER, Midea turut mempersembahkan rangkaian penyelesaian inovasi rumah terkini yang meliputi pelbagai kategori termasuk:
Siri Avigator
Siri Insta-Fit Master
Set Dobi
Hud Dapur Berbentuk L MCH-90XS38 (RFID)
Hob Gas Terbina Dalam (MGH-2590GL (RFID)
Pembersih Vakum Robotik V12
Kipas Tanpa bilah

Secara keseluruhannya, inovasi yang dipersembahkan oleh Midea mencerminkan misinya untuk memperkasakan kehidupan pintar dengan ekosistem teknologi berpusatkan pengguna yang terhubung sepenuhnya. Daripada peralatan berkemampuan IoT yang disepadukan melalui aplikasi SmartHome, kepada sambungan RFID dan Wi-Fi yang membolehkan operasi serta automasi jarak jauh yang lancar, Midea terus giat memajukan persekitaran rumah yang mampu menyesuaikan diri secara intuitif mengikut keperluan harian pengguna.



Ekosistem ini diperkukuhkan lagi oleh penekanan jenama terhadap kejuruteraan cekap tenaga melalui peralatan yang direka untuk mengoptimumkan penggunaan tenaga jangka panjang. Dengan mengintegrasikan kecerdasan dipacu AI dengan pengesanan masa nyata dan koordinasi merentas peranti, Midea komited memberikan pengalaman rumah pintar yang benar-benar bersepadu, pintar dan mesra pengguna untuk isi rumahtangga Malaysia.





Memperkukuhkan Kehadiran Midea di Malaysia

Pengembangan Midea di seluruh negara ini menandakan dedikasi untuk menawarkan pengalaman pelanggan yang lebih baik di ruang runcit moden yang selaras dengan identiti korporat baharunya, sambil memperkukuh ketersampaian produk di lebih banyak wilayah di Malaysia. Dengan permintaan yang semakin meningkat untuk penyelesaian kehidupan terhubung, Midea berhasrat untuk memperkasakan lebih banyak isi rumahtangga dengan penggunaan teknologi rumah pintar melalui kehadiran runcit yang semakin berkembang dan peralatan berkuasa AI generasi terbaharu.



Dengan pencapaian ini, Midea terus mengukuhkan kedudukannya sebagai salah satu jenama perkakas rumah yang paling pesat berkembang di Malaysia. Menjelang tahun 2026, Midea menyasarkan trajektori pertumbuhan kukuh sebanyak lebih-kurang 20%, dipacu oleh permintaan hangat untuk penyelesaian cekap tenaga dan rumah pintar di pasaran tempatan. Jenama ini akan terus mengembangkan dan menaik taraf rangkaian kedai jenamanya, mengukuhkan rangkaian pengedar dan meningkatkan perkhidmatan pasca jualan di seluruh negara. Disokong oleh pelan tindakan produk 2026 yang mantap dan tumpuan yang lebih mendalam terhadap inovasi dan pengalaman pelanggan, Midea yakin terhadap kedudukannya untuk menyampaikan pertumbuhan yang mampan di samping memperkukuh kepimpinannya dalam sektor peralatan rumah di Malaysia.

Tawaran Promosi Masa Terhad
Sempena pembukaan besar-besaran 18 kedai jenama pertamanya di seluruh negara, Midea menawarkan beberapa promosi eksklusif bagi pengunjung sepanjang bulan Disember:

Hadiah dengan Pembelian (1 – 31 Disember 2025)
Pelanggan yang membeli produk Midea terpilih antara 1 dan 31 Disember 2025 akan menerima Hadiah dengan Pembelian, tertakluk kepada ketersediaan stok.

Putar & Menang (3 – 10 Disember 2025)
Dari 3 hingga 10 Disember 2025, pelanggan yang berbelanja RM288 dan ke atas untuk mana-mana produk Midea dalam satu resit di kedai yang mengambil bahagian akan berpeluang memenangi hadiah melalu aktiviti Putar & Menang.

Belanja & Menang (3 – 31 Disember 2025)
Pelanggan yang berbelanja RM488 dan ke atas untuk mana-mana produk Midea dalam satu resit antara 3 dan 31 Disember 2025 akan layak menyertai peraduan Belanja & Menang, dengan hadiah-hadiah menarik untuk dimenangi.

Untuk maklumat lanjut tentang Midea dan rangkaian produknya, sila layari https://www.midea.com/my.