AnCasa Hotel Kuala Lumpur Lancar Bufet Ramadan 2026 dengan Dua Konsep - Warisan AnCasa di Saffron Brasserie Dan Warisan Peranakan di Madam Zee
AnCasa Hotel Kuala Lumpur Lancar Bufet Ramadan 2026 dengan Dua Konsep - Warisan AnCasa di Saffron Brasserie Dan Warisan Peranakan di Madam Zee

AnCasa Hotel Kuala Lumpur hari ini memperkenalkan Bufet Ramadan 2026 yang mengetengahkan dua konsep warisan istimewa di dua restoran ikonik hotel tersebut iaitu Saffron Brasserie dengan tema Warisan AnCasa serta Madam Zee dengan tema Warisan Peranakan.







Pelancaran bufet Ramadan ini mencerminkan komitmen berterusan AnCasa Hotel Kuala Lumpur dalam memelihara serta mengetengahkan kepelbagaian budaya dan tradisi kulinari Malaysia melalui pengalaman berbuka puasa yang autentik, bernilai dan inklusif, selari dengan nilai kekeluargaan dan kebersamaan sepanjang bulan Ramadan.





Menurut Shah Azam Khan Noor Mohammad, Naib Presiden Kanan, Bahagian Hospitaliti, AnCasa Hotels & Resorts, konsep bufet Ramadan tahun ini dirangka bagi memberikan pengalaman yang lebih bermakna kepada para tetamu.







“Ramadan bukan sekadar tentang juadah, tetapi tentang kebersamaan, tradisi dan kenangan. Tahun ini, kami membawakan pengalaman bufet Ramadan yang lebih istimewa dengan memperkenalkan dua konsep warisan yang berbeza iaitu Warisan AnCasa dan Warisan Peranakan sebagai penghargaan kami terhadap kepelbagaian budaya serta cita rasa autentik yang menjadi identiti AnCasa Hotels & Resorts,” katanya.



Di Saffron Brasserie, bufet Ramadan Warisan AnCasa mengetengahkan sajian tradisional Melayu berteraskan resipi kampung dan hidangan nostalgia yang kaya dengan rasa, sesuai untuk dinikmati seisi keluarga.


Antara hidangan istimewa yang ditawarkan ialah Nasi Lemuni, Ayam Rendang Daun Maman, Daging Kandar, Ikan Kari Kampung, Sambal Udang Petai, Sayur Jantung Pisang Lemak Putih, Kambing Gulai Kawah, Kambing Bakar, Ikan Bakar, Sup Gear Box Kambing, serta pencuci mulut istimewa seperti Apam Balik AnCasa. Bufet ini turut diperkaya dengan sajian popular Pakistan seperti Bathura, Panni Puri, Dhall Tarka dan Ayam Madras.





Sementara itu, Restoran Madam Zee menampilkan bufet Ramadan bertemakan Warisan Peranakan yang menonjolkan kehalusan masakan Nyonya berasaskan resipi tradisi turun-temurun, sarat dengan rasa dan warisan budaya.







Antara hidangan utama ialah Kari Kepala Ikan Nyonya, Ketam Masak Cili, Masak Lemak Udang Galah Sungai, Nyonya Itik Sio, Sayur Goreng Belacan Empat Raja Melaka dan Satay, selain pelbagai kuih tradisional seperti Kuih Gading Galoh, Kuih Ku Merah, Pulut Tekan, Koci Pulut Hitam, Kuih Dadar, Tepung Pelita, Tapai Pulut dan Pengat Manis.


Bagi Warisan AnCasa, harga baucar tempahan awal ditawarkan pada RM88 bersih seorang, dengan tarikh tutup pembelian sebelum 1 Februari 2026. Harga biasa adalah RM98 bersih bagi dewasa, RM78 bersih bagi warga emas (60 tahun ke atas) dan RM58 bersih bagi kanak-kanak berumur 6 hingga 12 tahun.
Bagi bufet Warisan Peranakan, baucar tempahan awal ditawarkan pada harga RM98 bersih seorang, dengan tarikh tutup pembelian sebelum 1 Februari 2026. Harga biasa adalah RM118 bersih bagi dewasa, RM78 bersih bagi warga emas (60 tahun ke atas) dan RM58 bersih bagi kanak-kanak berumur 6 hingga 12 tahun.
Untuk tempahan, boleh menghubungi 03 2026 6060 samb. 7703 / 011 3179 4121.

Jangan lepaskan peluang untuk menikmati pelbagai hidangan yang lazat dan memuaskan di AnCasa Hotel Kuala Lumpur sepanjang bulan Ramadan ini. Datanglah beramai-ramai bersama keluarga dan orang tersayang, dan rasai sendiri keistimewaan juadah berbuka puasa dua warisan di AnCasa Hotel Kuala Lumpur.
MENGENAI ANCASA HOTELS & RESORTS
AnCasa Hotels & Resorts merupakan rangkaian hotel milik UDA holdings Berhad (UDA) yang terletak di Kuala Lumpur, Pahang, Kuala Terengganu dan juga Negeri Sembilan. Setiap hotel dalam rangkaian kami menjanjikan pengalaman penginapan yang unik dengan pelbagai kemudahan yang disediakan serta perkhidmatan yang mesra dan profesional.
Untuk maklumat lanjut ataupun membuat tempahan di AnCasa Hotels & Resorts sila layari laman sesawang kami di www.ancasahotels.com.my .
Intagram
: @ancasahotels_resorts | @madamzee.my
Tiktok
: @ancasahotelsresorts | @madamzee.my
Facebook
: AnCasa Hotel Kuala Lumpur, Chinatown by AnCasa Hotels & Resorts |
Madam Zee