Terkini | New

Matrix Concepts Lancar Laman Sendayan 2 Melalui Acara ‘Purr & Play’ Gabungan Kediaman Pintar dan Gaya Hidup Komuniti

Matrix Concepts Lancar Laman Sendayan 2 Melalui Acara ‘Purr & Play’ Gabungan Kediaman Pintar dan Gaya Hidup Komuniti


​Matrix Concepts dengan bangganya mengumumkan pelancaran unit contoh terbaharu, Laman Sendayan 2, yang terletak di dalam perbandaran matang dan lestari, Bandar Sri Sendayan. Bagi meraikan pencapaian ini, orang ramai dijemput hadir ke acara “Purr & Play Showhome Day: Catwalk To Your New Home” yang akan berlangsung pada 10 dan 11 Januari 2026 ini.



Kediaman Masa Hadapan di Lokasi Strategik

Laman Sendayan 2 (Fasa Meria & Elaria) menawarkan unit rumah teres dua tingkat dengan saiz binaan 20’ x 70’ – 75’. Direka khusus untuk keluarga moden, setiap unit dilengkapi dengan 4 bilik tidur, 3 bilik air, serta integrasi sistem rumah pintar (smart home) bagi meningkatkan keselamatan dan keselesaan penghuni.

Kami kongsikan gambar-gambar ruang tamu, dapur dan bilik untuk anda lihat bersama.




Ruang Tamu & Ruang Makan: Konsep Terbuka yang Luas

Melangkah masuk ke ruang utama, anda akan disambut dengan konsep ruang terbuka yang menghubungkan ruang tamu dan ruang makan secara harmoni, memberikan kesan keluasan yang maksima.

Suasana Santai: Ruang tamu ini direka dengan tona warna neutral dan pencahayaan "warm light" yang menenangkan, sesuai untuk berehat menonton tv.




Ruang Makan Elegan: Terletak bersebelahan dengan pintu lungsur kaca besar, ruang makan ini mendapat limpahan cahaya semulajadi, mewujudkan suasana segar untuk hidangan bersama keluarga.



Bilik Tidur Luas dan Selesa

​Rumah ini juga menyediakan sudut yang sangat praktikal untuk bekerja dari rumah atau belajar di bahagian bilik bawah lengkap dengan bilik air.





Unit Laman Sendayan 2 menawarkan bilik tidur yang direka mengikut personaliti penghuni.

Bilik Tidur Utama: Sangat luas dengan hiasan dinding yang artistik, dilengkapi dengan ruang meja solek dan almari pakaian terbina dalam yang kemas.




Bilik Tidur Kanak-kanak : Membawakan tema ceria dengan dekorasi "jungle safari" dan perabot berwarna terang, memberikan ruang kreativiti yang selamat untuk si kecil.





Integrasi Sistem Pintar (Smart Home)

​Keistimewaan utama Laman Sendayan 2 adalah setiap unit dilengkapi dengan Sistem Rumah Pintar untuk gaya hidup yang lebih mudah dan selamat.


Keselamatan Digital: Pintu utama dilengkapi dengan kunci digital yang memberikan ketenangan fikiran tanpa perlu bimbang tentang kehilangan kunci fizikal.


Kawalan Hub Pintar: Dilengkapi dengan peranti hub pintar seperti Aeotec dan Google Home Mini, membolehkan anda mengawal pencahayaan atau perkakas rumah hanya melalui arahan suara atau aplikasi telefon pintar.


​Terletak di tengah-tengah Bandar Sri Sendayan, penduduk bakal menikmati akses mudah ke pelbagai kemudahan terbaik bertaraf dunia termasuk:

• ​d’Tempat Country Club: Kelab peribadi terbesar di negeri ini.
• ​Matrix Global Schools: Pendidikan bertaraf antarabangsa untuk generasi muda.
• ​X-Park Sendayan: Pusat sukan ekstrem untuk gaya hidup aktif seperti go kart memanah dan lain-lain.
• ​Sendayan Merchant Square: Hub komersial yang menempatkan jenama besar seperti The Coffee Bean & Tea Leaf, Zus Coffee, Mekdi dan banyak lagi.


Keunikan Acara ‘Purr & Play Showhome Day’

Berbeza dengan hari terbuka hartanah biasa, acara kali ini membawakan tema mesra kucing yang unik. Antara tarikan utama termasuk:

• ​Pertunjukan Fesyen ‘Purrwalk’: Ruang buat para pencinta kucing menggayakan haiwan peliharaan mereka.
• ​Zon Kafe & Lounge Pengambilan Kucing: Ruang santai untuk berinteraksi dengan kucing serta peluang memberi sinar baharu kepada kucing terbiar melalui sesi pengambilan angkat.
• ​Aktiviti Keluarga: Pertandingan mewarna kanak-kanak, bengkel kraf ‘Whisker’, dan persembahan silap mata haiwan.
• ​Program Ganjaran 'Blind Box': Pelanggan yang membuat tempahan rumah pada hari kejadian berpeluang memenangi hadiah eksklusif termasuk penginapan 3D2N di Lexis Hibiscus, pembesar suara Marshall Stanmore III, dan beg pakaian elektrik Airwheels.

Matrix Concepts menjemput semua bakal pembeli dan peminat haiwan peliharaan untuk hadir merasai sendiri pengalaman kehidupan di Laman Sendayan 2.

Untuk pendaftaran dan maklumat lanjut, sila layari Matrixtogo.com atau hubungi talian bebas tol 1800-88-2688.
RSVP sekarang untuk Acara ‘Purr & Play Showhome Day 10 dan 11 Januari 2026.

Laman sosial media.
Facebook

### 

Mengenai Matrix Concepts:
Matrix Concepts merupakan pemaju hartanah terkemuka yang komited dalam membina perbandaran lestari dan berkualiti tinggi. Bandar Sri Sendayan kekal sebagai projek ikonik syarikat yang menekankan keharmonisan antara kediaman, komuniti, dan alam sekitar.