Tingkatkan Dunia Anda dengan Hiburan dan Prestasi Berkuasa daripada Samsung Galaxy Tab A11 dan Galaxy Tab A11+
Tingkatkan Dunia Anda dengan Hiburan dan Prestasi Berkuasa daripada Samsung Galaxy Tab A11 dan Galaxy Tab A11+
Siri tablet Galaxy A terbaharu menawarkan ciri dipertingkatkan, pengalaman Galaxy yang lebih maju, dan reka bentuk yang menawan semuanya pada nilai yang luar biasa.

Samsung Electronics hari ini mengumumkan pelancaran Galaxy Tab A11 dan Tab A11+, yang direka untuk memperhebat hiburan harian dan produktiviti melalui prestasi berkuasa serta pengalaman Galaxy yang baharu. Tablet ini menggabungkan reka bentuk premium dengan spesifikasi yang telah dipertingkatkan untuk menjadikan setiap detik lebih menyeronokkan.
Prestasi Harian yang Berkuasa
Siri Galaxy Tab A11 dilengkapi untuk memenuhi pelbagai tuntutan aktiviti harian anda, sama ada untuk melayari internet, menonton video, mahupun bermain permainan video:
Galaxy Tab A11+: Dijana oleh pemproses berkuasa yang memberikan prestasi AP 18% lebih tinggi. Ia tersedia dalam konfigurasi sehingga RAM 8GB dan storan 256GB untuk menyokong pelbagai tugas (multi-tasking) dengan lancar.
Galaxy Tab A11: Menawarkan pilihan memori dan storan sehingga 8GB dan 128GB untuk prestasi harian yang boleh diharap. Storan Boleh Tambah: Kedua-dua model menyokong pengembangan storan sehingga 2TB melalui kad microSD.
Nikmat Hiburan yang Optimum
Siri tablet ini direka untuk memastikan anda kekal terhubung dan terhibur sepanjang hari:
•Paparan Lancar: Kedua-dua tablet menampilkan kadar penyegaran (refresh rate) 90Hz untuk tontonan yang imersif dan skrol yang lancar.
•Audio Mendalam: Dilengkapi dengan teknologi Dolby Atmos. Galaxy Tab A11 menampilkan Portrait Dual Speakers, manakala Galaxy Tab A11+ dilengkapi dengan Quad Speakers.
•Bateri Tahan Lama: Galaxy Tab A11+ disertakan dengan bateri 7,040mAh dan menyokong Pengecasan Pantas 25W untuk mengurangkan masa menunggu.
Produktiviti Pintar dengan AI
Melalui sistem operasi One UI 8 berasaskan Android 16, pengguna Galaxy Tab A11+ kini boleh menikmati pengalaman Samsung DeX terkini. Tablet ini juga memberikan akses mudah kepada pengalaman AI seperti Gemini dan Circle to Search with Google. Selain itu, ciri Math Solver dalam Samsung Notes kini turut dikembangkan ke siri tablet A ini.
Ketahanan dan Keselamatan
Samsung komited untuk memberikan sokongan jangka panjang dengan menawarkan sehingga tujuh generasi peningkatan perisian bagi kedua-dua model. Keselamatan peranti juga dijamin melalui Samsung Knox bertaraf perusahaan.
Harga dan Ketersediaan

Siri Galaxy Tab A11 kini boleh didapati bermula 9 Januari 2026 dalam pilihan warna Gray (Kelabu) dan Silver (Perak).
Galaxy Tab A11+: https://www.samsung.com/my/tablets/galaxy-tab-a/galaxy-tab-a11-plus-gray-128gb-sm-x230nzaaxme/buy/