Terkini | New

Emirates Menawarkan Tawaran Tambang Istimewa menerusi promosi masa terhad Bagi Percutian Anda Bersama Emirates

Emirates Menawarkan Tawaran Tambang Istimewa menerusi promosi masa terhad Bagi Percutian Anda Bersama Emirates

Promosi ini menawarkan peluang sempurna kepada pelanggan untuk menempah perjalanan seterusnya dan merasai pengalaman produk serta perkhidmatan pemenang anugerah daripada Emirates.


Bagi pengembara Malaysia yang mengimpikan percutian ke luar negara yang telah lama dinantikan, bayangkan ini: beg telah dikemas, tempat yang ingin dilawati telah disusun, dan penerbangan telah ditempah semuanya pada tambang yang terlalu bernilai untuk dilepaskan.

​Sehingga 11 September 2026, Emirates memberikan lebih banyak sebab kepada pengembara untuk merealisasikan percutian impian mereka, dengan tambang istimewa merentasi semua kabin ke kira-kira 60 destinasi. Sama ada mahu menikmati keindahan musim luruh di Eropah, menerokai bandar baharu, atau sekadar berehat selepas penat bekerja, pengembara boleh mengamankan percutian mereka yang seterusnya pada kadar yang menarik sambil menikmati cara penerbangan yang lebih baik bersama Emirates.

​Promosi ini tersedia untuk Kelas Perniagaan, Ekonomi Premium, dan Ekonomi, bagi memenuhi pelbagai gaya perjalanan dan bajet sama ada percutian keluarga yang lama diidamkan, percutian singkat, atau perjalanan yang lebih mewah.

​Malah, pengembara turut berpeluang menjadi yang terawal merasai pengalaman menaiki pesawat Airbus A350 terbaharu Emirates, di mana pesawat generasi baharu ini dijadualkan mengendalikan penerbangan harian antara Dubai dan Kuala Lumpur bermula 1 September. Pesawat A350 ini akan beroperasi bagi penerbangan Emirates EK344 dari Dubai ke Kuala Lumpur dan EK345 dari Kuala Lumpur ke Dubai, sekali gus memberikan pilihan baharu kepada pengembara selain perkhidmatan harian A380 syarikat penerbangan berkenaan.

​Pengenalan pesawat baharu ini membawa makna yang lebih besar daripada sekadar pertukaran jenis pesawat. Ia membawakan kabin yang lebih senyap, hiasan dalaman yang segar, serta produk dan teknologi dalam pesawat generasi terbaharu Emirates, di samping memberi peluang kepada pengembara untuk membuat penerbangan sambungan dari Kuala Lumpur menerusi Dubai ke destinasi-destinasi di seluruh Eropah, Timur Tengah, dan pelbagai kawasan lain.

Emirates Bersedia Memenuhi Permintaan Perjalanan yang Kukuh Daripada Pengembara Malaysia

​Permintaan untuk perjalanan antarabangsa terus bertahan kekal tinggi, dengan Malaysia Airports melaporkan peningkatan pergerakan penumpang antarabangsa sebanyak 9.3% bulan ke bulan pada Julai, sekali gus memperkukuh minat berterusan bagi perjalanan ke luar negara.

​Bagi Emirates, Malaysia kekal sebagai pasaran penting, dan syarikat penerbangan itu kini mengendalikan 21 penerbangan mingguan dari Kuala Lumpur ke Dubai, mencerminkan permintaan yang sangat kukuh ini.

​Sama ada untuk menerokai bandar baharu, berhimpun semula dengan keluarga, atau sekadar meluangkan masa untuk berehat, mendapatkan tambang yang berpatutan mampu memberikan perbezaan yang besar - dan tawaran diskon masa terhad ini disusun untuk memberi pengembara satu lagi alasan untuk mula merancang perjalanan di luar kebiasaan.

​Dengan tambang menarik yang ditawarkan di seluruh rangkaiannya, pengembara yang mahu menjadikan perjalanan seterusnya bermakna boleh mengambil peluang ini untuk menempah penerbangan bersama Emirates dan terbang lebih baik dari saat perjalanan bermula.

Lapan Tawaran Tambang Terbaik dari Kuala Lumpur

​Antara destinasi yang ditawarkan, berikut ialah lima nilai tambang pergi-balik terbaik dari Kuala Lumpur (KUL) sepanjang tempoh promosi.