Fung Keong Sneakers Kembali Dengan Kolaborasi Eksklusif Bersama Dato’ M. Nasir
Fung Keong Sneakers Kembali Dengan Kolaborasi Eksklusif Bersama Dato’ M. Nasir
Menghidupkan Semula Kegayaan Ikonik ‘kembara Seniman Jalanan’
Selepas 35 tahun menyepi dari arena produksi, jenama kasut ikonik Malaysia, Fung Keong Sneakers, dengan bangganya mengumumkan kemunculan semula mereka ke pasaran.

Kebangkitan semula ini adalah hasil usaha kolaboratif yang dinamik antara penulis Rabak-Lit dan bakat-bakat terkemuka dalam industri, bertujuan untuk mempersembahkan produk bernilai tinggi, edisi terhad, dan koleksi istimewa kepada peminat setia.

Fung Keong memiliki warisan yang kaya, bermula dari penubuhannya di Klang pada tahun 1939 sebagai pengeluar kasut kanvas mampu milik untuk masyarakat umum. Jenama ini mencapai kemuncak populariti pada tahun 1980-an, terutamanya selepas kemunculan menonjol dalam filem drama musikal "Kembara Seniman Jalanan" (1986). Kasut Fung Keong yang dipakai oleh penyanyi terkenal M. Nasir dan pelakon-penyair Pyanhabib, dengan pantas menjadi simbol era rock, digemari oleh generasi muda yang inginkan gaya berjiwa rock.


"Kami sangat teruja untuk membawa semula Fung Keong Sneakers ke pasaran. Ini bukan sekadar mengenai kasut, tetapi mengenai menghidupkan semula warisan budaya dan semangat sebuah era," kata Izzat Amir, pemilik FK Sneakers.

"Kolaborasi kami dengan Rabak-Lit dan individu berpengaruh dalam industri adalah kunci untuk menawarkan sesuatu yang benar-benar istimewa kepada komuniti peminat kami."
Sebagai sebahagian daripada kebangkitan semula ini, FK Sneakers berbesar hati memperkenalkan kolaborasi istimewa dengan Dato’ M. Nasir, mengambil inspirasi daripada filem "Kembara Seniman Jalanan" yang menjadi fenomena tempatan.

Edisi khas ini menampilkan kasut kanvas potongan tinggi dalam dua reka bentuk unik:
* FK Sneakers Kembara Seniman Jalanan M. Nasir (Pop): Menampilkan gabungan warna hitam-merah jambu yang berani.
* FK Sneakers Kembara Seniman Jalanan M. Nasir (Halftone): Hadir dalam kombinasi warna hitam-kelabu yang klasik.

Kedua-dua rekaan memaparkan imej yang diambil terus dari poster filem, serta menampilkan tandatangan watak yang dimainkan oleh Dato’ M. Nasir – “JEBAT” di sebelah kanan dan “BUJANG” di sebelah kiri.

Setiap pembelian edisi khas ini akan disertakan dengan kotak edisi khas dan beg edisi terhad, menjadikannya item koleksi yang harus dimiliki oleh peminat.
Peminat boleh mendapatkan juga edisi FK Sneakers ZRA Limited Edition, FK x Kukubesi, FK edisi khas Nasir Jani, Osman Tikus, Adam John dan Keluang Man turut mendapat sambutan hangat.





Terbaharu FK Sneakers turut berkolaborasi bersama Art Of Speed dan akan melancarkan sepasang kasut Limited Edition bersempena Art Of Speed ke 14 pada 26 hingga 27 Julai 2025 akan datang.

FK Sneakers menjemput semua peminat untuk merasai semula nostalgia dan semangat baharu jenama ini.

Ikuti mereka di platform media sosial seperti Facebook, Instagram, dan TikTok untuk mendapatkan kemas kini terkini.
TikTok: @fksneakersss
Facebook: Fung Keong Shoes
Instagram: @fksneakersss
Untuk maklumat lanjut, sila layari fsneakers.com atau hubungi kami melalui e-mel di admin@fsneakers.com atau telefon di +6011-2875 4871.